Showing posts with label Fiqh Semasa. Show all posts
Showing posts with label Fiqh Semasa. Show all posts

24 March 2008

Salam Maulid al-Rasul

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu?". "Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku.", kata Rasulullah.

Ikhwanku itu, menurut Rasulullah s.a.w, "Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

Saya mengucapkan salam maulid al-Rasul pada semua walaupun telah berlalu beberapa hari sambutan Hari Kebesaran Islam ini. Saya tidak ingin ketinggalan dalam mensyukuri anugerah Allah kepada saya iaitu diberiNya seorang Rasul yang paling Mulia di kalangan yang Termulia. Inilah antara hari yang penuh bermakna pada semua umat Islam di seluruh dunia.

Walaupun ada segelintir umat Islam yang tidak mengharuskan menyambutnya, bahkan ada juga yang melarangnya namun keistimewaaan hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW ini harus direnung oleh semua. bukan sekadar untuk menyanjung dan memuja Baginda Rasul tapi yang lebih utama adalah mengoreksi kembali segala perjuangan dan jerit payah Baginda dalam membawa misi Islam di muka bumi ini.

Sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di sisi umat Islam ini bukan sebagai satu pemujaan kepada Baginda tapi satu penghormatan dan rasa berterima kasih kepada Baginda yang telah telah membawa sinar kehidupan kepada seluruh alam yang sememangnya payah dan sukar untuk orang lain lakukan sebagaimana yang Baginda lakukan ini. Baginda berusaha sedaya upaya Baginda menyahut amanah yang agung ini dari Allah Taala yang Maha Tahu akan segala yang berlaku.Baginda tidak mengeluh dan tidak juga merusuh terhadap segala ketetapan dan perintah Allah yang berlaku keatas diriNya. Memang wajarlah Baginda dinobatkan sebagai manusia Teragung di muka bumi ini.

Walau apa pun bentuk penghormatan kita terhadap Baginda, janganlah sampai berlaku permusuhan dan pertelingkahan sesama umat Islam kerana kita manusia yang diciptakan oleh Allah ini mempunyai pelbagai variasi pemikiran dan pandangan, dan jangan pula bentuk penghormatan kita itu melampaui akhlak dan syariat. Biar kita berpayung dibawah kalimah perpaduan yang satu dan sukar diganggu gugat oleh para musuh-musuh Islam. Biar seruan Islam kita dirasai oleh semua orang bahkan dari kaum kufar sekalipun. Kita buktikan agama Islam adalah agama yang terbaik dan tiada agama yang lebih tinggi darinya. Laksanakan misi ini sebagai penerus perjuangan Rasulallah SAW. Kibarkan panji Islam di seluruh pelusuk alam maya. Yakinlah, masa depan Islam pasti gemilang. SALAM MAULIDUR RASUL...

12 December 2007

Hadiah Menurut Islam


Amalan memberi hadiah menjadi sunnah hidup dan terjadi di mana-mana sejak zaman dahulu hingga sekarang. Kita maksudkan hadiah di sini termasuklah sedekah, pemberian ‘athiyyah dan seumpamanya. Amalan ini boleh memberi sumbangan yang positif dalam hubungan di antara individu dan individu, seterusnya antara masyarakat di mana ia merupakan salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim. Bahkan ianya dapat meringankan beban mana-mana individu dan anggota masyarakat yang berhajat dan memerlukan bantuan. Dengan demikian hubungan dan jurang di antara orang yang berada dan orang yang tidak berada dapat dirapatkan. Banyak lagi kelebihan-kelebihan dan fadilat yang tersirat daripada tujuan pemberian itu.

Rasulullah saw juga sangat menggalakkan sikap suka memberi, sama ada atas nama sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan. Hal ini disebutkan dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Nabi saw suatu hari keluar untuk mengerjakan sembahyang hari raya, lalu Baginda bersembahyang dua rakaat. Dan Baginda tidak pernah melakukan sembahyang (hari raya) sebelum ia diperintahkan dan sekalipun selepasnya. Kemudian Baginda dan bersamanya Bilal pergi ke tempat sekumpulan perempuan dan menyuruh mereka agar bersedekah, maka (atas perintah itu) seorang perempuan menanggalkan gelang dan kalungnya (untuk disedekahkan)”.

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sabda Baginda lagi ketika di atas mimbar yang bermaksud: “Dan Baginda menyebutkan tentang sedekah, menjaga kehormatan diri, dan tentang meminta-minta. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Maka tangan di atas itu adalah yang memberikan nafkah sedang tangan yang di bawah adalah yang meminta”.

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

PENGERTIAN HIBAH

Dari segi bahasa: pemberian atau kurniaan

Sebagaimana firman Allah taala:

الحمد لله الّذى وهب لى على الكبر اسمعيل واسحق انّ ربّى لسميعالدّعاء.

Maksudnya: “segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepadaku pada usia tuaku Ismail dan Ishak, sesungguhnya tuhanku amat mendengar doa”. (surah Ibrahim14 : 39)

Dari segi istilah: memberi milik tanpa sebarang gantian.

Daripada Abu Hurairah r.a daripada nabi Muhammad saw bersabda:

يا نساْ المسلمات لا تحقرت جارة لجارتها ولو فرسن شاة

Maksudnya: “wahai wanita-wanita Islam, janganlah seseorang jiran wanita menghina terhadap jiran wanitanya walaupun dengan memberi kaki kambing”.(Al-Mundziri, 2004)

Hadis ini menggalakkan supaya memberi sesuatu antara satu sama lain walaupun sedikit, terutama antara jiran sesama jirannya. Contoh memberi kaki kambing adalah anggaran yang sedikit.

Daripada cUrwah daripada cAishah r.a bahawasanya ia berkata kepada cUrwah:

يا ابن أختي ؛ ان كنا لننظر الى الهلال ؛ ثلاثة أهلة في شهرين ؛ وما أوقدت في أبيات رسول الله (ص) نار. فقلت : يا خالة ؛ ما كان يعيشكم ؟ قالت الاسودان : التمر والماء ؛ الا انه قد كان لرسول الله (ص) جيران من الانصار ؛ كانت لهم منائح ؛ وكانوا يمنجون رسول الله (ص) من ألبا نها قيسفينا.

Maksudnya: “wahai anak saudaraku, sesungguhnya kami melihat kepada anak bulan kemudian satu anak bulan sehingga tiga anak bulan dalam masa dua bulan dan tidak di nyalakan api dalam rumah-rumah Rasulullah. Aku berkata: wahai ibu saudaraku! Apakah yang menghidupkan kamu? Ia menjawab: cAswadan iaitu tamar dan air. Melainkan Rasulullah saw ada jiran daripada kalangan yang mempunyai unta atau kambing yang mempunyai susu dan mereka memberi susu-susu mereka kepada Rasulullah saw lalu baginda memberi minum kepada kami”. (Al-Mundziri, 2004)

Hadis ini menunjukkan Rasulullah saw pernah menerima pemberian daripada para sahabatnya. Pemberian seperti inilah yang disebut sebagai hibah.


PERBEZAAN ANTARA SEDEKAH, HADIAH DAN ‘ATHIYYAH

Pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan ‘athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa. (Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyah: 26/324)

Sementara yang dikatakan sebagai ‘athiyyah itu ada dua macam iaitu pemberian seseorang yang dalam keadaan maradh al-maut atau sakit yang membawa kematian disebut sebagai wasiat, dan ‘athiyyah ketika masih hidup sama ada bentuk wakaf, hibah atau hadiah. (Al-Tahzib: 4/509)

Di dalam istilah syara‘ pula, pemberian itu bolehlah diertikan sebagai suatu perjanjian (aqad) yang memberikan kuasa pemilikan kepada seorang lain tanpa mengharapkan sebarang gantian atau pertukaran (‘iwadh), pada ketika orang yang memberi itu masih hidup.


HUKUM MEMBERI HIBAH

Menurut ijmak ulama hukum segala jenis pemberian itu adalah sunat kerana pemberian itu suatu kebajikan, ketaatan, dan belas kasihan. Di samping itu ia juga dapat menzahirkan sikap kasih sayang, mengeratkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama manusia. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Qur‘an, (Mughni Al-Muhtaj: 2/53)

sebagaimana firman Allah:

Maksudnya: “Hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa”. (Surah Al-Maidah: 2)


RUKUN PEMBERIAN

Menurut ulama Syafi‘eyah, pemberian itu mempunyai beberapa rukun iaitu pemberi, penerima, barang atau benda (sesuatu) yang diberi dan lafaz pemberian (ijab dan qabul). Terdapat beberapa syarat tertentu bagi orang yang memberi, orang yang menerima dan barang atau benda (sesuatu) yang diberikan. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

(i) Syarat bagi pemberi hendaklah orang itu baligh, berakal, tidak ditegah membelanjakan dan mempergunakan hartanya, dia memberian dengan kehendaknya sendiri dan memiliki sesuatu yang akan diberikan. Maka tidak sah pemberian daripada seorang kanak-kanak, orang gila, muflis, orang yang dipaksa dan daripada orang yang bukan pemilik sesuatu yang diberikan itu.

(ii) Syarat bagi penerima pula ialah hendaklah dia boleh memiliki sesuatu yang diberikan kepadanya. Maka kanak-kanak kecil adalah sah menjadi penerima, tetapi yang menerima bagi pihak dirinya ialah bapa atau penjaganya. Oleh itu tidak sah suatu pemberian jika penerimanya itu masih janin (anak yang masih di dalam kandungan ibunya) atau penerimanya adalah haiwan kerana keduanya tidak boleh memiliki sesuatu.

(iii) Syarat bagi sesuatu yang diberikan itu hendaklah suci, bukan darah, bangkai, arak dan seumpamanya. Hendaklah sesuatu yang diberikan itu boleh memberi manfaat dan boleh diserahkan (bukan barang kepunyaan yang kena rampas). Barang pemberian itu hendaklah ada dalam milik dan kekuasaan pemberi, dan barang yang akan diberikan itu hendaklah diketahui oleh pemberi dan penerimanya.

(iv) Lafaz pemberian pula ialah setiap perkataan atau ucapan yang membawa erti memberi atau menerima, sama ada berupa perkataan atau perbuatan, umpamanya si pemberi berkata: “Aku berikan buku ini kepadamu”, lalu si penerima berkata: “Aku terima pemberianmu”.

Menurut mazhab Syafi‘e perkara hibah, pemberian (‘athiyyah) tidak sah melainkan dengan ijab dan kabul. Ini kerana akad pemilikan itu sendiri memerlukan adanya ijab dan kabul seperti akad nikah. Walau bagaimanapun menurut Ibnu ‘Uqail (ulama mazhab Hanbali) muamalah cara mu‘atah (meletakkan harga barang dan mengambil (membeli) barang itu tanpa ijab dan kabul) dan perbuatan-perbuatan yang menunjukkan kepada ijab dan kabul sekalipun tanpa lafaz adalah memadai dan mencukupi. Hal ini telah dijelaskan oleh Ibnu Qudamah:

Maksudnya: “”Menurut qaul Al-Shahih Muamalah secara Mu‘atah dan perbuatan-perbuatan yang menunjukkan kepada ijab dan kabul itu adalah memadai atau mencukupi, tidak memerlukan lafaz. Inilah qaul (pendapat) yang dipilih oleh Ibnu ‘Uqail, kerana Nabi saw pernah memberi hadiah dan diberi hadiah, dan Baginda pernah memberi dan diberi. Baginda juga membahagikan dan mengagihkan sedekah (zakat) dan memerintahkan para sacie (pekerja atau petugas dalam perkara zakat) supaya membahagi dan mengagih-agihkannya. Baginda ada menerima zakat, para sahabat juga berbuat demikian. Tidak ada riwayat daripada mereka tentang wajib ijab dan kabul. Nabi tidak pernah memerintahkan sahabat Baginda dan mengajarkannya tentang wajib ijab dan kabul. Jika ini (ijab dan kabul) merupakan syarat, tentu ada riwayat secara periwayatan yang masyhur daripada mereka. Ketika Ibnu Umar (Abdullah bin Umar) menunggang unta kepunyaan Umar, lalu Baginda bersabda kepada Umar: “Juallah unta itu kepadaku? Umar menjawab: “Dia (unta itu) untukmu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: “Dia (unta itu) untuk mu wahai Abdullah bin Umar. Buatlah dengannya sebagaimana yang engkau suka”. Tidak ada riwayat bahawa Nabi mengucapkan lafaz kabul daripada Umar, demikian juga tidak ada lafaz kabul daripada Ibnu Umar (Abdullah bin Umar) yang dia menerima daripada Nabi saw. Kalaulah ini (ijab dan kabul) menjadi syarat sudah pasti Nabi akan melakukannya dan Baginda akan mengajarkannya kepada Ibnu Umar, di samping itu Nabi tidak akan memerintahkannya (Abdullah bin Umar) untuk membuat apa sahaja terhadap unta itu sebelum ada lafaz kabul (penerimanya) oleh Ibnu Umar. (Al-Mughni li Ibnu Qudamah: 6/238)

Oleh yang demikian demi menghormati pendapat semua ulama fiqh, jika hendak menyumbangkan atau memberikan sesuatu kepada seseorang hendaklah ijab dan kabul itu dilakukan dengan ada ucapan (lafaz) memberi dan ucapan menerima terhadap barang yang disumbangkan atau diberikan itu.

PELBAGAI BENTUK PEMBERIAN

Pada dasarnya sesuatu pemberian harus diterima melainkan pemberian yang haram atau berasal daripada yang haram atau tujuan pemberian itu berunsur rasuah. Oleh kerana itu pemberian itu ada berbagai bentuk;

i.Pemberian yang halal bagi pemberi dan penerima.

ii.Pemberian yang haram bagi kedua-dua pihak.

iii.Pemberian yang halal bagi pemberi dan haram bagi penerima.

Pemberian yang halal bagi penerima ialah pemberian seseorang kepada seseorang yang lain seperti kepada isteri, anak, sahabat, kawan karib dan lain-lain dengan tujuan supaya tercipta perasaan kasih sayang, mahabbah, keakraban dan silaturrahim sesama mereka. Perkara inilah yang sangat digalakkan oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah saw di atas. (Maksudnya: “Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu saling cinta mencintai antara sesama kamu”.)

Manakala pemberian haram bagi si pemberi dan penerima ialah apabila pemberian yang diberikan kepada seseorang itu dengan tujuan atau harapan hajatnya akan tercapai, dipenuhi dan diluluskan. Bentuk pemberian seumpama ini disebut juga sebagai rasuah. Dalam hal ini Rasulullah saw memberi amaran, sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Sesiapa yang memberi syafaat (bantuan) kepada saudaranya, kemudian dia mendapat hadiah diatas pertolongan tersebut, lalu dia menerimanya, maka dia (si penerima hadiah) telah mendatangi satu pintu besar dari pintu-pintu riba”.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Ibnu Taimiyah juga ada menyatakan:

Maksudnya: “Sesiapa yang memberikan hadiah kepada wali al-amr untuk melakukan perbuatan yang tidak diharuskan (haram) maka hadiah tersebut haram bagi pemberi dan penerima. Inilah hadiah berbentuk rasuah yang disabdakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya”. (Fatwa: 5/244)


HIBAH KEPADA ANAK

Daripada cAmar berkata:

عن النعمان بن بشير ؛ رضي الله عنهما قال : أعطلني أبي عطية ؛ فقالت عمرة بنت رواحة : لا ارضى حتى تشهد رسول الله (ص) ؛ فأتى رسول الله (ص) فقال : اني أعطيت ابني من عمرة بنت رواحة عطية ؛ فأمرتني أن أشهدك يا رسول الله ؛ قال : أعطيت سائر ولدك مثل هذا ؟ . قال : لا ؛ قال : فأتقوا الله واعدلوا بين أولادكم . قال : فرجع فرد عطيته .

Maksudnya: al-Nucman bin Basir r.a, ketika ia berada diatas mimbar berkata: bapaku telah memberi kepadaku satu pemberian, lalu cUmrah binti Rawahah berkata: aku tidak senang sehingga engkau menjadikan Rasulullh saw sebagai saksi, lalu ia (bapaku) datang kepada Rasulullah saw dan berkata: Sesungguhnya aku telah memberi kepada anakku daripada cUmrah binti Rawahah satu pemberian. Lalu ia menyuruh aku menjadikan engkau sebagai saksi wahai Rasulullah saw. Rasulullah saw bersabda: apakah engkau memberi kepada semua anak engkau seumpama itu? Bapaku menjawab: tidak. Rasulullah saw bersabda: takutlah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anak kamu. Al-Nucman berkata: lalu bapaku balik dan mengambil kembali pemberian itu.

Hadis ini menunjukkan bahawa sah hibah bapa kepada anak, tetapi hendaklah dilakukan secara adil dan saksama antara mereka. Namun demikian harus bagi bapa mengambil semula hibahnya daripada anaknya.


HIBAH KEPADA YANG LAIN

Daripada Kuraib Hamba Ibn cAbbas:

أن ميمونة بنت الحرث رضي الله عنها أخبريته انها أعتقت وليدة ولم تستأذن النبىّ (ص) ، فلمّا كان يومها الذى يدور عليها فيه قالت : أشعرت يا رسول الله أنى أعتقت وليدتى ؟ قال : أو فعلت ؟ قالت : نعم . قال : أما انك لو أعطيتها أخوالك كان أعظم لأجرك.

Hadis ini menunjukkan seseorang harus memberi dan menghibahkan hartanya kepada siapa sahaja yang ia kehendaki. Namun begitu hibah yang dilakukan oleh seseorang kepada yang lain daripada anaknya sendiri adalah tidak harus dirujuk semula kerana hadis Rasulullah saw:

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما : أنه شهد عند مروان لبني صهيب أنّ رسول الله (ص) أعطى صهيبا بيتين وحجرة ، فقض مروان بشهادته لهم.

Maksudnya: Diriwayatkan dari ‘Adullah bin ‘Umar r.a bahawa dia bersaksi kepada Marwan (berkaitan dengan anak-anak Shuhaib) bahawa Rasulullah saw telah memberikan kepada Shuhaib dua ekor kudadan sebuah kamar. Maka Marwan memberikan keputusan dengan kesaksiannya (Ibn ‘Umar).

Sebagai kesimpulan, hibah adalah salah satu cara untuk memberi dan menguniakan harta kepada seseorang. Sesiapa sahaja harus menghibahkan hartanya kepada siapa sahaja yang ia kehendaki. Bapa juga boleh menghibahkan hartanya kepada anak-anaknya dengan saksama. Cara ini adalah agak terbaik bagi seseorang bapa untuk melihat dan melatih anak-anaknya menyelengarakan harta yang diberikan kepadanya.


HADIAH DISEBABKAN JAWATAN

Daripada Abu Hamid al-Sycidi r.a berkata:

"cUmar bin Abd cAziz menegaskan bahawa “hadiah yang berlaku pada zaman Rasulullah saw adalah hadiah dan hadiah yang berlaku pada hari ini adalah rasuah”

Sesetengah dikalangan ulama ada yang berpendapat bahawa hadiah biasanya mempunyai tiga tujuan:

· Untuk mendapatkan kasih sayang daripada orang yang dihadiahkan. Hadiah untuk tujuan ini adalah dikira terbaik.

· Untuk mendapatkan harta benda daripada orang lain yang dihadiahkan. Hadiah untuk tujuan ini adalah harus kerana mengharapkan pertambahan harta dengan cara yang baik.

· Untuk mendapatkan pertolongan daripada orang yang dihadiahkan. Hadiah untuk tujuan ini mempunyai faktor yang menentukan kedudukan hukumnya iaitu arah tujuan pertolongan berkenaan. Sekiranya pertolongan yang dikehendaki itu maksiat maka hadiah berkenaan adalah tidak halal, sekiranya pertolongan yang dikehendaki itu taat maka hadiah berkenaan adalah sunat dan sekiranya pertolongan yang dikehendaki itu harus maka hadiah berkenaan adalah harus sekiranya orang yang dihadiahkan itu bukan hakim.(Ibn Hajar, 1989)

Ibn Bhatol berpendapat, hadiah kepada camil Pegawai) berlaku disebabkan kesyukuran terhadap kebaikannya, disebabkan kekaguman terhadapnya atau disebabkan ketamakan supaya ia mengugurkan kewajipan. Ibn Hajar menegaskan, sekiranya bentuk yang ketiga itu berlaku kepada camil maka ternyata tidak halal secara jazam (tepat tanpa sebarang andaian) dan bentuk-bentuk yang sebelumnya (yang pertama dan kedua) berada pada tahap boleh diperbincangkan.(Ibn Hajar, 1989)

Para pegawai dicegah daripada menerima sebarang hadiah daripada orang-orang yang berada dibawah tadbirannya. Sekiranya ketua negara tidak mengizinkan kepadanya untuk berbuat sedemikian. Manakala Ibn al-Munir pula berpendapat bahawa para pegawai harus menerima hadiah daripada mereka yang menghadiahkan kepadanya sebelum ini (sebelum pegawai berkenaan menjadi pegawai). Ibn Hajar bersetuju dengan pendapat ini dengan syarat hadiah berkenaan tidak melebihi kebiasaan.(Ibn Hajar, 1989)

Daripada kenyataan tersebut diatas tidak jauh sekiranya disimpulkan bahawa hadiah yang diberikan secara tertutup kepada mana-mana pegawai kerajaan disebabkan jawatan yang disandangnya dan pemberiannya mempunyai kepentingan untuk mendapat atau menghindarkan sesuatu dengan cara yang tidak betul adalah haram.


MENGAMBIL KEMBALI PEMBERIAN

Adapun mengambil kembali pemberian merupakan satu sifat buruk lagi keji. Sabda Rasulullah saw:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : قال النبي (ص) : العائد في هبته كالكلب؛ يقيء ثم يعود في قيئه

Maksudnya: “Orang yang mengambil balik pemberiannya, samalah seperti anjing yang muntah lalu ia menjilat balik muntahnya”

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dalam hal ini kita juga sering mendengar di kalangan masyarakat perumpamaan orang tua-tua iaitu “buruk siku”, perumpamaan ini bukan sahaja menggambarkan keji dan buruknya mengambil balik suatu pemberian tetapi realitinya perbuatan mengambil balik pemberian itu suatu tegahan agama.


HIBAH MERUPAKAN AMALAN YANG DIGALAKKAN

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda:

تهادوا فان الهدية تﺫهب وعز الصدر

Maksudnya: hendaklah kamu saling hadiah menghadiahkan antara satu sama lain kerana sesungguhnya hadiah mampu memadamkan rasa marah yang terpendam didada (didalam hati).

Hadis ini menggalakkan supaya saling hadiah menghadiahkan antara satu sama lain kerana hadiah mampu memadamkan berbagai perasaan yang tidak baik yang terpendam didalam jiwa manusia.

Daripada Anas r.a:

ان النبي صلى الله عليه وسلم أتي بلحم تصدق به على بريره فقال: هو عليها صدقة وهو لنا هدية

Maksudnya: sesungguhnya Rasulullah saw dihadiahkan dengan daging yang disedekahkan kepada Barirah. Lalu baginda bersabda: ia adalah sedekah untuknya (Barirah) dan ia adalah hadiah kepada kami.(Ibn Hajar, 1989).

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw juga boleh menerima hadiah.

Daripada cAsma’ binti Abu Bakar r.a berkata:

قدمت علي امي و هي مشركة ؛ في عهد رسول الله (ص) ؛ فاستفتيت رسول الله (ص) ؛ قلت : ان أمي قدمت و هي راغبة ؛ افا صل أمي ؟ قال : نعم ؛ صلي أ مك.

Maksudnya: sesungguhnya ibuku datang kepadaku dan ia sebagai seorang musyrik pada zaman Rasulullah saw. Lalu aku meminta petua daripada Rasulullah saw dengan kata: sesungguhnya ibuku datang (kepadaku) dan ia berhajat kepada sesuatu, apakah boleh aku menghubungi ibuku? Rasulullah saw bersabda: hubungilah ibu engkau.(Ibn Hajar, 1989)

Hadis ini menunjukkan harus bagi orang Islam menghadiahkan sesuatu kepada orang bukan Islam yang tidak memusuhi Islam seperti firman Allah taala:

لا ينهكم الله عن الّذين لم يقيلوكم فى الدّين ولم يخرجوكم مّن ديركم أن تبرّوهم وتقسطوااليهم انّ الله يحبّ المقسطين.

Sebagai kesimpulan, orang Islam harus menghadiahkan sesuatu kepada Rasulullah saw, kepada sesama orang Islam, sama ada yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau tidak, samada jiran atau tidak dan kepada orang kafir yang tidak menjadi musuh agama dan negara. (surah al-Mumtahanah 60: 8.)


PENUTUP

Galakkan suka memberi itu juga ada disebutkan oleh Rasulullah saw di dalam hadis-hadis Baginda supaya umatnya sentiasa berkasih sayang sesama mereka. Hal ini digambarkan oleh Baginda dalam sabdanya:

Maksudnya: “Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan”.(Hadis riwayat Malik)

Sikap saling memberi juga melahirkan kasih sayang sekalipun pemberian itu kecil, kerana pemberian yang kecil atau sedikit bukanlah suatu kehinaan di sisi Allah, bahkan ia akan tetap mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripadaNya. Perkara yang penting bahawa pemberian itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana ikhlas itu roh pemberian. Pemberian yang tidak ikhlas dalam makna berpura-pura atau riya’ adalah tidak berguna. Perkara pemberian walau kecil itu disebut melalui sabda Baginda:

يا نساْ المسلمات لا تحقرت جارة لجارتها ولو فرسن شة.

Maksudnya: “Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing”.(Hadis riwayat Muslim)


RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Al-Bukhari. Sahih al-Bukhari.

Al-Falimbani, Syekh Abd Al-Samad. 2003. Sair al-Salikin ila cibadah rabbi al-calamin. Kedah: Khazanah Banjariah.

Ibn Hajar, Ahmad bin cAli bin Hajar. 1989. Fath al-Bari bi syarah sahih al-imam Abi cAbdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Al-Matbacah al-Salafiyah.

Al-Mundziri, Zaki al-Din Abd al-Azhim. 2004. Ringkasan Sahih al-Bukhari. Selangor: Crescent News sdn bhd.

26 November 2007

Wanita Dalam Perniagaan


Penglibatan wanita di dalam aktiviti ekonomi di Malaysia sudah bermula sejak awal tetapi ianya semakin meningkat dalam pertengahan tahun 1960-an bila dasar mempelbagaikan ekonomi dilaksanakan. Pada peringkat awal kemerdekaan, majoriti wanita adalah terlibat di dalam sektor pertanian diikuti oleh sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan. Keadaan semakin berubah antara tahun 1970-1980, kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam jangka masa tersebut telah menggalakkan lagi pertambahan pelaburan di dalam industri-industri yang berorientasikan eksport terutama industri-industri elektronik dan tekstil.

Keadaan tersebut telah menggalakkan wanita-wanita muda untuk berhijrah dari luar bandar ke bandar bagi memenuhi peluang pekerjaan yang terbuka di sector pembuatan dan perkhidmatan. Kesannya berlaku pertambahan tenaga kerja wanita di dalam sektor pembuatan dengan pesat sekali iaitu 212 % manakala sektor perkhidmatan mengalami pertambahan sebanyak 154 % antara tahun 1970 – 1980. Kini kita dapati lebih kurang 44 % dari wanita di Malaysia adalah termasuk dalam sektor guna tenaga.

Dikebanyakan negara data mengenai kadar penyertaan wanita dalam aktiviti ekonomi adalah terhad. Di Malaysia walaupun beberapa banci telah dibuat oleh Jabtan Statistik mengenai tenaga kerja, namun data mengenai penglibatan wanita secara terperinci di dalam pekerjaan masih kurang. Penglibatan awal wanita di dalam aktiviti ekonomi di Malaysia bermula dari aktiviti sara diri di sektor pertanian dan kemudiannya meluas ke sektor-sektor lain berikutan dengan berlakunya perkembangan ekonomi, kemajuan teknologi dan pertambahan peluang pendidikan.

Peningkatan tenaga kerja wanita di bandar berlaku disebabkan oleh meningkatnya jumlah wanita luar bandar yang berhijrah ke bandar untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor –sektor perkhidmatan dan pembuatan. 65 % dari tenaga kerja yang berhijrah ke bandar adalah terdiri dari wanita dan selaras dengan perlaksanaan Deb, kebanyakan wanita yang memenuhi sektor pembuatan terdiri dari wanita Melayu yang berumur antara 18 – 29 tahun.

Bidang pekerjaan yang diceburi oleh wanita biasanya terbatas kepada beberapa jenis pekerjaan sahaja dan sifat pekerjaan tersebut. Di antara pekerjaan-pekerjaan yang disenaraikan termasuk jurutaip, pekerja kilang elektronik dan kain, jurujual, penyambut tetamu dan jururawat. Di Malaysia, penglibatan wanita dalam perniagaan kecil sudah lama wujud. Di negari-negari Pantai Timur Semenanjung seperti Terengganu dan Kelantan, perniagaan di pasar-pasar pemborong, peruncit dan perniga di kaki lima banyak dimonopoli oleh kaum wanita.

Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang miskin di Pantai Timur Semenanjung Malaysia di lihat dari segi pendapatan perkapita dan agak ketinggalan dari segi pembangunan di bandingkan dengan negeri-negeri maju di Pantai Barat. Walau bagaimanapun, negeri ini terkenal sebagai sebuah negeri yang mempunyai kadar penyertaan kaum wanita yang tinggi dalam aktiviti ekonomi terutamanya dalam sektor pertanian dan sektor perniagaan kecil.

Kajian mengenai penglibatan wanita dalam perniagaan di Kelantan telah banyak dilakukan mengikut pendekatan antropologi dan sosiologi bagi latihan ilmiah di institusi pengajian tinggi. Di samping itu, terdapat banyak lagi kajian-kajian yang khusus mengenai perniagaan tetapi lebih tertumpu kepada perniagaan Melayu dan kurang menekankan penglibatan wanita.

Selain daripada berniaga di rumah kedai, wanita juga menjalankan perniagaan di pasar-pasar. Salah satu pasar yang menjadi tumpuan mereka ahila Pasar Besar Kota Bharu. Sebenarnyaterdapat tiga pasar dalam kawasan Lembaga Badaran Kota Bharu iaitu Pasar Besar, Pasar Kubang, Pasu dan Pasar Madang Lido.


Rujukan

  1. Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi.1968. Kisah Pelayaran Abdullah. Oxford University Press.kuala Lumpur.
  2. Alice H. Cook.1978. The Working Mother: A Survey of Problems and Programs in Nine Countries. Cornell University.
  3. Aminah Abu Bakar.1975. Peranan Peniaga-peniaga Wanita Melayu di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.



05 October 2007

analisis PRK UKM

Secara Keseluruhannya mengenai Keputusan Pilihanraya Kampus UKM 2007
  1. Pada PRK kali ini IPU hanya memenangi 4 kerusi drp 34 kerusi berbanding dengan 5 kerusi pada PRK lalu. Kerusi yang berjaya dimenangi FPI thn2, FPI thn3, Fpend thn2 dan Fpend thn3.Kampus Ktsn gagal memenangi sebarang kerusi berbanding yang lalu 1 kerusi melalui FSKB thn3. 4kerusi yang dimenangi IPU berlaku pertambahan undi majoriti kecuali FPI thn3 susut 2 undi. FPI thn2 dari majoriti 285 ke 577, Fpend thn2 dari 45 ke 108, Fpend thn3 dari 10 ke 210. manakala FPI thn3 majoriti 260 ke 258. ini menjadikan FPI dan Fpend sebagai kubu kuat IPU.
  1. Bagi kerusi yang kalah pula, terdapat beberapa kerusi yang menunjukkan peningkatan yang cukup baik terutama bagi kerusi FEP thn3. Walaupun kerusi ini adalah kerusi campuran melayu dan cina tetapi undi IPU meningkat dengan banyaknya iaitu sebanyak 110undi sekaligus majoriti TSB berkurangan drp 222 ke hanya 73. kita menjangkakan calon IPU memperolehi undi dari cina pada PRK kali ini. IPU hampir gagal memperolehi undi cina apabila sentimen perkauman dimainkan tetapi berjaya diatasi beberapa hari sebelum pengundian. Kerusi ini berpotensi untuk dimenangi dalam tempoh selewat lewatnya 2 tahun lagi jika trend yang berlaku sekarang berterusan dengan andaian ‘ceteris paribus’. Suatu penilaian dan kajian terperinci perlu dilakukan oleh IPU FEP bagi menawan kerusi ini memandangkan kerusi ini adalah kerusi tradisi TSB.
  1. Begitu juga bagi kerusi Kejut thn2 yg berjaya mengurangkan undi majoriti TSB walaupun berlaku kekurangan undi sebanyak 4undi. Selain itu kerusi yang berjaya mengurangkan majoriti TSB adalah FEP thn2 dari 883 ke 579, FSSK thn2 dari 970 ke 273, FSSK thn3 dari 330 ke 311, FTSM thn2 dari 285 ke 150, FTSM thn3 dari 23 ke 6, FUU dari 148 ke 85, FST thn2 dari 1377 ke 528.
  1. bagi calon umum thn2 pula, sesemua calon IPU berjaya meningkatkan undi sekaligus mengurangkan majoriti pada tahun lalu majoriti terkecil adalah 3790 berbanding kali ini sebanyak 2411.bagi calon TSB pula rata2 undi calon umum bagi kerusi ini jatuh.untuk umum thn3, undi calon IPU meningkat walaupun undi tertinggi kita berkurangan. Majoriti bagi kerusi ini juga berkurangan dari undi terkecil 1119 ke 569.
  1. Apa yang menarik, di Kolej Pendeta Zaba (kolej hitam dengan kekejaman TSB) menyaksikan kesemua calon2 umum thn3 IPU menang.disini juga calon TSB bagi kerusi FPI thn2 gagal mendapat sebarang undi berbanding calon IPU 129,begitu juga di KTHO calon TSB tersebut gagal mendapat sebarang undi.
  1. Antara perubahan menarik pada PRK kali ini adalah penglibatan dari mat2 motor dalam siri2 kempen IPU.jumlah mereka semakin bertambah hari demi hari sehingga mencecah 500 buah motor. Dengan penglibatan mat2 motor ini pada mulanya dikatakan akan mendatangkan kesan kpd undi IPU tetapi meleset apabila undi kita keseluruhan meningkat. Di kolej Pendeta Zaba yang berlaku kejadian mat motor mengejar siswi TSB menyaksikan kita memperolehi yg memberangsangkan.
  1. Pada PRK sebelum2 ini IPU sering dicop sebagai pro pembangkang tetapi kali ini IPU berjaya mengubah kepada pro mahasiswa.
  1. Nama Sdr Abdullah A.Karim dijadikan senjata oleh TSB pada hari2 terakhir dengan mengaitkan keganasan. Isu ini telah digunakan saban tahun oleh TSB.
  1. Semangat ahli2 IPU meningkat dengan tinggi sekali apabila kita mampu mengedar risalah secara terang2an di kubu TSB iaitu Kris Mas dan Burhan.penglibatan ahli2 thn 1&2 yang berani dalam setiap pertembungan dengan ahli TSB juga wajar diberi pujian.
  1. Bagi kampus KTSN, kita gagal di kesemua kerusi. Walaubagaimanapun bagi kerusi FSKB thn2 undi majoriti TSB berjaya dikurangkan dengan banyak dari 505 ke 128. ini memberi petanda peluang untuk memenangi FSKB thn3 pd PRK akan datang cukup cerah.manakala bagi 3 kerusi lain undi IPU merosot. Bagi kerusi Fgigi, suatu kajian terperinci perlu dijalankan apabila undi IPU merosot lebih daripada separuh iaitu dari 141 ke hanya 66. Kegagalan IPU KTSN untuk memenangi sebarang kerusi juga mempunyai keitan dengan persiapan Jentera Pilihanraya yang lambat digerakkan.
  1. Bagi kampus KTDI pula, kerusi yang dipertandingkan iaitu perubatan thn3 IPU kalah tipis dengan 8undi berbanding majoriti sebelum ini hanya 2undi.
  1. Pada PRK kali ini juga seramai 6 orang ahli dan penyokong IPU telah ditahan oleh Pengawal Keselamatan UKM. mereka terdiri dari seorang muslimin , 2 orang muslimat dan 3 orang mat motor.
Ini adalah pandangan yang dibuat berdasarkan perbincangan dengan beberapa sahabat alumni.
Yang memberi pandangan,
Halim
Exco Jab. Pemb. Mahasiswa DPP Pusat
Merangkap KPJOP05

26 August 2007

merdeka oh merdeka!


Merdekakah kita sekarang? pelbagai pandangan dan reaksi yang telah kita terima daripada rakyat negara kita berkenaan sambutan kemerdekaan yang ke 50 ini. Ramai yang merasa bangga dan tidak kurang juga yang merasa kecewa dengan kemerdekaan yang telah kita kecapi menjelang setengah dekad kemerdekaan ini. Apa tidaknya, setelah sekian lama kita merdeka masih ada yang tinggal di pondok usang yang tiada bekalan air dan elektrik, masih ada yang hidup dengan beralas perutkan siput babi sebagai santapan penyambung hidup.merdekakah kita?

Itu baru sikit.nah kita kita tengok pula berita di mutakhir ini.apa jadi?apa kes yang tak timbul di dada-dada akhbar, skrin televisyen, gelombang radio dan di jaring-jaring internet?ada saja isunya. dari sekecil perkara hingga sebesar perkara. dari kes tandas kotor hingga kes jenayah kolar putih.isu rakyat malaysia hina lagu kebangsaan, bas ekspres yang terbabas , pegawai tinggi polis yang terlibat dengan rasuah.nah apa lagi?merdekakah kita?

Inilah yang terjadi bilamana erti kemerdekaan disalah ertikan,bilamana sejarah disembunyikan.Dan ia akan terus terjadi bilamana Al-Quran tidak diendahkan. Masih ingatkah kita pada setiap butir ayat al-Quran yang kita baca? Fahamkah kita isinya?bergetarkah hati kita bila membacanya?


14 August 2007

Hari Konvokesyen Sedunia


Selamat dan tahniah diucapkan kepada semua graduan UKM yang menerima ijazah pada hari konvokesyen masing-masing yang berlangsung pada 11 Ogos 2007 hingga 16 Ogos 2007 ini. Semoga ilmu yang dituntut selama 3 tahun di menara gading di perbukitan Bangi ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya di usia yang mendatang nanti dalam kehidupan harian anda semua. Bukan hanya berlegar dalam industri pekerjaan semata-mata.Dunia yang sementara ini perlu di diisi dengan pengabadian kepada tuhan yang menciptakan segalanya. Tuhan yang menguasai sepenuhnya hari konvokesyen sedunia di suatu hari nanti. Dia telah aturkan segalanya untuk persiapan hari konvokesyen yang penuh gemilang dan terbilang itu. Tiada yang lebih berkuasa selain dariNya. Dia Canselor yang agung pada waktu itu. Dia akan anugerahkan kepada semua penuntut-penuntut jurusan dunia melalui pelbagai cara. Ada yang menerima skrol ijazah melalui tangan kanan, ada yang menerima melalui tangan kiri dan ada juga yang menerimanya melalui belakang. Pada waktu itu juga akan dianugerahkan tokoh Diraja kepada manusia yang agung sepanjang zaman iaitu Baginda Nabi Muhammad Saw. Beliau dianugerahakan anugerah doktor kehormat yang membawa gelaran 'syafaat' pada waktu itu. Anugerah ini berkuasa untuk diberikan pula kepada sesiapa yang dirasakan layak menerimanya dan beroleh kenikmatan penginapan yang penuh gemilang di syurga yang dirindui oleh sekelian penuntut jurusan dunia ini. Pada masa itu juga turut dianugerahkan sijil kepada penuntut-penuntut yang gagal menamatkan tempoh pengajian di Universiti Dunia ini berupa sambaran dan julangan api di neraka.tempat bagi sekelian penuntut yang ingkar dan suka berfoya-foya sewaktu mengikuti pengajian di Universiti Dunia ini. Mereka juga adalah golongan yang suka ponteng kelas-kelas fardhu ain yang diamanahkan kepadanya. Mereka juga adalah golongan yang gagal menyelesaikan assigment berupa amalan sunat yang digalakkan. Mereka juga adalah golongan yang suka main-main semasa berada di universiti ini dengan melakukan pelbagai aktiviti berfoya-foya yang boleh menjerumuskannya ke lembah kemaksiatan dan keingkaran kepada perintah-perintah pentadbir universiti ini.Sungguh agung hari itu bagi orang-orang yang beriman padaNya. Firman Allah Taala:

"Dan tidaklah Kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya secara main-main. Tidaklah Kami menjadikan keduanya melainkan kerana melahirkan perkara-perkara yang benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat itu. Sesungguhnya hari memutuskan hukum untuk memberi balasan ialah masa mereka untuk berhimpun."

(al-Dukhan:38-40)

12 January 2007

keluarga bahagia dan korban

Apabila sebut tentang korban, mungkin ada di antara kita yang rasa dah jauh untuk kita bicarakan tentang tajuk ini. Tapi saya tidak beranggapan begitu kerana tajuk ini adalah bukan sekadar bicara tentang korban lembu tapi erti pengorbanan itu sendri. Adakah wajar erti pengorbanan ini dihayati sekali setahun sahaja? Itupun sehari atau dua hari sahaja; pada Hari Raya AidilAdha. Bahkan erti pengorbanan ini perlu diterapkan pada setiap umat Islam sepanjang masa agar lahir umat yang bertaqwa.

Kenapa di minda kita apabila sebut sahaja Hari Raya AidilAdha, maka terbayanglah sembelih lembu dan seumpama dengannya.Adakah itu yang ingin diterapkan oleh Islam sejak disyariatkan ibadah ini?

Ketaatan seorang bapa kepada Allah

Semua orang sedia maklum bahawa baginda Nabi Ibrahim a.s telah diwahyukan oleh Allah Taala untuk melakukan penyembelihan keatas anakanya Nabi Ismail a.s. Disebabkan ketaatan baginda kepada perintah Allah itu, maka Allah telah menukarkan Ismail a.s dengan seekor kibash. Apa yang berlaku kepada umat Islam sekarang adalah melihat kepada amalan meyembelih itu bukan kepada ketaatan baginda kepada Allah yang sanggup membunuh anaknya sendiri hanya semata satu perintah dari Allah Taala. Apakah sikap bapa-bapa sekarang?

Sanggupkan seorang bapa memukul anaknya sendiri kerana anaknya gagal menunaikan perintah Allah? Berapa ramai bapa sekarang melaksanakan perintah dari Rasulullah agar memukul anak yang telah berusia 10 tahun apabila tidak menunaikan solat? Apa reaksi bseorang bapa melihat anak-anak mereka memakai pakaian yang tidak menutup aurat? Apa reaksi bapa sekarang apabila melihat anak mereka tidak pandai membaca al-Quran? Inilah antara persoalan penting yang setiap orang perlu tahu. Bukan sekadar bila tiba 10 Zulhijjah sahaja buat korban, sembelih lembu, sembelih unta. Bahkan ada yang berbangga dapat korban 1,2 ekor lembu seorang; 10, 20 ekor lembu satu kampung. Sampai ada juga yang nak buat Malaysia book of records lagi.

ketaatan seorang anak

Sikap yang ada pada Nabi Ismail sebagai seorang anak juga perlu dicontohi dan dihayati oleh anak-anak zaman sekarang. Bagaimana taatnya baginda kepada seorang bapa walaupun terpaksa mengorbankan nyawa baginda sendiri. Adakah anak-anak sekarang seperti itu? Berapa ramai anak-anak zaman sekarang yang ikut sahaja apa suruhan dari bapanya? Wajudkah lagi anak-anak yang sanggup korban nyawa demi seorang bapa? Kalau yang sanggup korbankan nyawa bapa sendiri untuk kepentingan peribadi mungkin tidak mustahil dah sekarang. Itupun hanya kerana duit seposen dua. Adakah salah ibu mengandung?

Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri

Dimanakah pula penghayatan terhadap kesetiaan dan ketaatan Siti Hajar kepada seorang suami pada episod pengorbanan ini? Adakah ibu-ibu dan wanita -wanita sekarang hanya perlu tengok upacara penyembelihan lembu? Kemudian tunggu untuk memotong daging-daging lembu itu di rumah? Itu sahajakah erti korban dalam Islam? Tidak terasakah para ibu tentang kesayuan hati seorang ibu bernama Hajar melihat anak yang dikandung selama 9 bulan ingin disembelih hidup-hidup oleh seorang bapa? Apatah lagi bapa tersebut telah meninggalkan mereka setelah sekian lama? Apa sikap ibu-ibu sekarang apabila mendapat tahu suami tercinta ingin menghantar jauh anak-anak mereka ke luar negara untuk belajar? Berapa banyak titisan air mata yang jatuh dari pipi seorang ibu? Apakah pula reaksi seorang ibu apabila mendapat tahu bahawa anaknya ingin ke Palestin untuk berjuang bersama-sama umat Islam di sana? Apa pula sikap ibu sekarang apabila mendapat tahu anaknya ditangkap kerana terlibat dalam demonstrasi?

Inilah antara bingkisan-bingkisan persoalan yang perlu direnungi oleh kita sekarang. perluaskan lagi permahaman kita tentang Hari Raya Korban. Hayati betul-betul setiap emosi dan perasaan yang dialami oleh Baginda Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar. Bentuklah keluarga kita mengikut lunas dan acuan keluarga bahagia ini.

08 January 2007

Akademi Pilihan Raya


Seperti yang dimaklumi oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Dato' Haji Kamurulzaman bin Haji Md. Nor di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia baru-baru ini, hari ini adalah hari pelancaran Akademi Pilihan Raya setelah 11 kali menjalankan pilihanraya umum di negara ini. Setelah hampir 50 tahun menjalankan sistem pilihan raya, baru kini Suruhanjaya Pilihan Raya sedar akan banyak kesilapan dan ketidakadilan di dalam sistem Pilihan Raya yang ada di negara kita ini. Namun begitu, usaha ini amat perlu dipuji kerana ada satu usaha untuk melihat perjalananan Pilihan Raya di negara kita betul-betul demokrasi dan telus.

Walaubagaimanapun, mungkin juga akan timbul polemik baru dari banyak pihak akan keseriusan usaha ini. Biasalah, apabila satu perkara yang agak baru muncul maka muncullah juga suara-suara sumbang yang tidak menyumbang bergema di sana sini. Apapun, kita perlu meraikan semua suara-suara itu kerana ia boleh menjadi 'check and balance' kepada kekuatan idea yang ingin dilaksanakan itu. Itupun jika pihak yang bertanggungjawab betul-betul serius untuk melaksanakan apa yang digagaskannya itu. jika tidak, ia hanya satu imaginasi si anak kecil yang hanya berlegar dalam dunianya semata.

Hal yang sewajarnya perlu disedari oleh banyak pihak adalah kesungguhan semuanya untuk sama-sama melaksanakan satu sistem yang betul-betul demokrasi dan telus dalam Pilihan Raya di negara kita nanti. Jangan hanya satu politik dalam politik untuk kepentingan politik si politikus..

13 November 2006

Duit Raya oh Duit Raya!

Ramadhan dah makin jauh meninggalkan kita. Kini, Syawal pula merangkak sedikit demi sedikit hingga tidak disedari ia semakin hampir ke penghujungnya. Namun begitu, saban hari masih lagi ada rumah-rumah terbuka yang tidak ketinggalan untuk meraikan kemuliaan Syawal ini yang diselitkan dengan pelbagai agenda dan acara yang kadang-kala melangkaui adat dan budaya masyarakat Melayu, apatah lagi melintasi sempadan ibadat dan syariat Islam.

Satu amalan yang menjadi kebiasaan yang tak pernah lekang dari sambutan Hari Raya ini terutama untuk melengkapi agenda rumah-rumah terbuka tersebut adalah memberi duit raya kepada kanak-kanak. Oleh kerana ia adalah kebiasaan yang turut temurun dari satu generasi ke generasi sejak sekian lama menyebabkan ada sesetengah umat Islam tidak mengetahui akan pensyariatan amalan ini. Adakah ia hanya satu adat atau satu ibadat yang sememangnya ada dalil dan hujah yang jelas dari Allah Taala mahupun daripada kekasihNya yang disayangi, Baginda Rasulullah SAW.

Daripada Riwayat Bukhari

Daripada satu hadis yang diriwayatkan dari al-Bukhari ada menyebut bahawa ”Nabi saw suatu hari keluar untuk mengerjakan sembahyang hari raya, lalu Baginda bersembahyang dua rakaat. Dan Baginda tidak pernah melakukan sembahyang (hari raya) sebelum ia diperintahkan dan sekalipun selepasnya. Kemudian Baginda dan bersamanya Bilal pergi ke tempat sekumpulan perempuan dan menyuruh mereka agar bersedekah, maka (atas perintah itu) seorang perempuan menanggalkan gelang dan kalungnya (untuk disedekahkan)”.

Sabda Baginda lagi ketika di atas mimbar yang bermaksud: “Dan Baginda menyebutkan
tentang sedekah, menjaga kehormatan diri, dan tentang meminta-minta. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Maka tangan di atas itu adalah yang memberikan nafkah sedang tangan yang di bawah adalah yang meminta”.

Kepelbagaian Pemberian

Daripada kitab Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyah pula menyebut pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan ‘athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa iaitu ‘athiyyah.

Sementara dalam kitab al-Tahzib pula ada menjelaskan berkenaan ‘athiyyah ini ada dua macam iaitu pemberian seseorang yang dalam keadaan maradh al-maut atau sakit yang membawa kematian disebut sebagai wasiat, dan ‘athiyyah ketika masih hidup pula disebut sebagai wakaf, hibah atau hadiah.

Seingat saya juga dalam istilah syara‘ pula, pemberian itu bolehlah diertikan sebagai suatu perjanjian (aqad) yang memberikan kuasa pemilikan kepada seorang lain tanpa mengharapkan sebarang gantian atau pertukaran (‘iwadh), pada ketika orang yang memberi itu masih hidup. Dengan kata lain juga, apabila seseorang telah memberi duit raya kepada kanak-kanak secara sepenuhnya maka kanak-kanak tersebut adalah berhak terhadap kesemua duit-duit raya yang mereka perolehi itu.

Sekadar perkongsian

Saya bukanlah bermaksud ingin menjelas secara terperinci jenis-jenis pemberian tersebut tapi cukup bagi kita untuk mengetahui bahawa amalan pemberian duit raya itu sememangnya ada dalam hadis Rasulullah SAW sebagaimana di atas dan boleh dijadikan hujah yang kukuh akan keharusan memberi duit raya ini. Perlu diketahui juga bahawa amalan ini boleh memberi sumbangan yang positif dalam hubungan di antara individu dan individu, seterusnya antara masyarakat di mana ia merupakan salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim. Dengan demikian hubungan dan jurang di antara orang yang berada dan orang yang tidak berada dapat dirapatkan.

02 November 2006

Kiamat sudah dekat

Aduh zaman kok jadi kayak gini
Sibuk berebut bukan saling memberi
hasil mencuri dibilangnya prestasi
Duit korupsi dianggap rezeki

Ya Allah!Inikah tanda kiamat sudah dekat
Tapi kenapa orang-orang tak banyak bertobat

Saya sungguh tertarik dengan rangkap lirik kata ini yang termuat dalam filem Kiamat Sudah Dekat. Jika dulu saya jarang berada di depan televisyen terutama waktu-waktu petang. Tapi kini, saya cuba untuk berada di depan televisyen apabila tiba pukul 6 petang setiap hari.

Saya bukanlah gemar sangat menonton tvni tapi cerita ni amat menarik minat saya. Jalan ceritanya memang menarik.Masejnya amat membentuk jiwa.Bagaimana ia diolah dengan bersahaja wataknya namun ada unsur-unsur ketulusan iman yang ingin digarap oleh penulis skrip ini.



Konsep Ikhlas dan rendah diri

Saya tertarik pada satu babak yang mana ketika Haji Romli ingin membuat keputusan untuk memilih calon menantunya antara Farid dan Fandy. Farid dihidupkan sebagai seorang pemuda dari Mesir yang tinggi ilmu agamanya , manakala Fandy pula adalah seorang pemuda rockers yang tidak tahu tentang asas-asas Islam seperti Sembahyang dan puasa pada awalnya.Tapi hasil ketulusan hati Fandy yang mencintai Sarah akhirnya berusaha untuk solat dan mengaji al-Quran dan akhirnya ia menemui nilai keikhlasan iman kepada Allah Taala.Namun watak Farid dihidupkan dengan lagak seorang pemuda yang ego dan sedikit berlagak kerana ketinggian ilmu yang dimilikinya yang menyebabkan akhirnya Farid hanya tenggelam dengan ilmu yang dimilkinya tanpa merasai sifat kehambaannya kepada Allah Taala. Ayat yang menarik pada babak ini adalah selepas Fandy meluahkan perasaannya apabila telah merasai perubahan dalam dirinya dan berterima kasih kepada Haji Romli dan Haji Romli pun menyebut, "inilah dia calon menantu gue.dia telah mencapai konsep Ikhlas."

Nilai kejujuran

Babak lain yang boleh dihayati masejnya adalah sewaktu kereta Haji Romli rosak di tengah perjalanan pulang ke rumah.Haji Romli yang menjanjikan upah kepada orang-orang yang membantunya telah terlupa memberinya kepada mereka, sehingga di pertengahan perjalanannya dia pusing balik keretanya dan menunaikan janjinya kepada orang-orang ynag menolongnya itu.

Nilai Taqwa

Seingat saya sewaktu belajar di sekolah menengah dulu maksud taqwa adalah melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah Taala dan meninggalkan segala yang dilarangnya. Di sini saya terkesan dengan plot-plot cerita ini yang mengisahkan kehidupan seorang pemuda rockers lepasan pengajian dari Amerika yang tidak tahu sembahyang dan mengaji al-Quran yang telah berubah hanya kerana perasaan cintanya kepada seorang gadis cantik yang warak dan sopan santun dan juga telah merubah kehidupan kawan-kawanya dan juga keluarganya sendiri dan akhirnya beliau menemui nilai taqwa dalam dirinya walau pun tidak pernha belajar agama di mana-mana tempat sekalipun.

Bagus ditonton

Saya melihat hasil seni filem dari negara seberang ini adalah lebih tinggi mesej Islamnya berbanding filem-filem tempatan kita. Saya bukan ingin merendahkan filem tempatan tapi ia perlu diakui oleh pengusaha-pengusaha seni tanah air jika sekiranya kita benar-benar ingin memperjuangkan konsep Islam Hadhari yang diwar-warkan oleh pimpinan negara.TULUSLAH HATI KITA DENGAN ALLAH DAN TELUSLAH HATI KITA SESAMA INSAN..

19 October 2006

Perjuangan Belum Selesai


"dah puas pelihara baru hantar balik. Selagi ada hayat saya tak akan ucap terima kasih." Begitulah bunyi ucapan TG Dato' Nik ABdul Aziz apabila ditanya oleh wartawan di rumahnya semalam selepas lima tahun anaknya ditahan di dalam penjara tanpa pembicaraan.

"Anak-anak dan isteri yang masih menunggu kepulangan orang tersayang janganlah berputus asa dan kecewa apabila suami dan ayah mereka tidak termasuk dalam 11 orang dibebaskan semalam, teruskan desakan menuntut keadilan." Demikian pula kenyataan Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh apabila dihubungi wartawan untuk mengulas pembebasan 11 tahanan ISA yang didakwa terbabit dalam Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyyah (JI).

“Tempoh pembebasan mereka belum ditetapkan lagi sehingga kerajaan berpuas hati dengan tingkah laku mereka di bawah pengawasan polis."Kata Timb. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum.

Inilah antara reaksi-reaksi dan komen spontan berikutan pembebasan 11 tahanan ISA tersebut. Apa-apa pun hal yang berlaku episod kezaliman akta zalim ISA ini tidak mudah untuk dilupakan. Rakyat tidak mudah untuk dikaburi oleh sedikit tindakan kerajaan yang penuh dengan seribu satu plot drama bersirinya itu. Perjuangan perlu diteruskan.

sumber : Berita Harian Online

16 August 2006

Dulu Sepet kini Gubra...lepas ni Mukhsin


"Mereka mahu maksiat diterima pakai dan seolah-olah Islam juga turut mengiktiraf perkara sumbang.Saya tidak fikir filem ini untuk hiburan tetapi untuk menyalurkan agenda tersirat yang menyesatkan," begitulah antara kata-kata dari Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Saudara Mahfuz Omar apabila mengulas berkenaan kemenangan filem Gubra sebagai filem terbaik dalam FFM-19 baru-baru ini yang memaparkan adegan seorang bilal memegang anjing, bilal itu juga melihat perbuatan pelacuran juga satu perkara biasa bahkan ia tak berasa berdosa membuat perkara tersebut.Beliau juga mendesak kerajaan supaya mengharamkan 'Gubra' manakala penganugerahannya sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM-19)ditarik balik serta-merta.

Apakah ia satu perkara yang kebetulan sahaja?atau memang sudah ada satu agenda yang tersembunyi disebaliknya? Jika dilihat pada penganugerah FFM-18 yang lepas,Yasmin Ahmad yang juga telah mengarah filem Sepet menimbulkan kontoversi dalam filemnya itu apabila memamarkan adegan perempuan berkembang dan sebagainya yang mencetuskan satu variasi yang berbeza dengan kebudayaan Melayu yang sebenar juga telah memenangi anugerah Filem Terbaik pada masa itu. Apabila ditanya samada beliau sengaja untuk menimbulkan kontroversi itu, beliau menjawab beliau tidak sedikit pun berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi dalam filemnya itu. Satu lagi filem arahan Yasmin Ahmad yang berjudul Mukhsin akan ditayangkan tidak berapa lama lagi. Adakah ia masih menghidangkan satu lagi filem kontroversi kepada masyaraat atau tidak, sama-sam kita tunggu. Tetapi yang pasti kita mengharapkan apa yang diniatkan beliau untuk tidak menimbulkan kontroversi dalam filemnya( lebih-lebih lagi dalam soal agama Islam) betul-betul ditepati.

06 August 2006

butakah mata hati kita untuk membezakannya?

Abdullah Fahmi (kanan), 22, muncul juara Akademi al-Quran (AQ), program realiti televisyen berunsur agama pertama di Malaysia anjuran TV9.



HADIAH BAKAL DITERIMA PEMENANG AF4:-

JUARA: -
Membawa pulang hadiah bernilai hampir RM400,000 iaitu:
Kondominium tajaan A’ Famosa Resort Melaka
Kereta Toyota Vios tajaan UMW Toyota Motor
Wang tunai RM20,000
Pakej percutian ke Paris
Barangan elektrik
Telefon bimbit M Mobile

NAIB JUARA:-
Menerima hadiah bernilai hampir RM120,000 iaitu:
Sebuah kereta Toyota Vios
Wang tunai RM10,000
Pakej percutian ke Paris
Barangan elektrik
Telefon bimbit M Mobile

TEMPAT KETIGA:-
Menerima hadiah bernilai RM30,000 iaitu:
Wang tunai RM5,000
Pakej percutian ke Paris
Barangan elektrik
Telefon bimbit M Mobile

TEMPAT KEEMPAT:-
Menerima hadiah bernilai RM20,000 iaitu:
Wang tunai RM3,000
Pakej percutian ke Beijing, China
Barangan elektrik
Telefon bimbit M Mobile

TEMPAT KELIMA -
Menerima hadiah bernilai RM12,000 iaitu:
Pakej percutian ke Beijing, China
Telefon bimbit M Mobile
Lain-lain barangan
*sumber : Berita Harian Online

04 August 2006

Terima kasih PM


Saya tertarik untuk mengulas kata-kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik dalam Harian Metro semalam pada halaman 20:

“Anda perlu pertahan undang-undang negara. Kandungan (blog), jika berunsur hasutan, maka mereka boleh didakwa. Mereka perlu kawal kandungan. Saya menjelaskan kepada Kabinet dan Perdana Menteri menyerahkan kepada saya, yang mengetuai kementerian ini untuk menangani isu itu."

Tanbahan beliau lagi, tindakan juga akan dikenakan terhadap penyebaran khabar angin yang berbentuk hasutan yang dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berkuatkuasa akhir tahun ini apabila semua kad prabayar telah siap didaftarkan.

Persoalannya, apakah anda semua berada dalam kategori yang dimaksudkan? jika tidak, mengapa takut? Teruskan usaha murni anda untuk menyebarkan risalah kebenaran. Apabila disebut sebagai risalah kebenaran, adakah ia boleh dikategorikan sebagai satu usaha untuk menyebarkan khabar angin? apatah lagi sebagai satu bentuk hasutan? Apakah kita tidak yakin dengan akta yang Allah telah gazetkan di dalam Al-Quran dalam surah al-Hujurat ayat ke-6? "Wahai orang-orang Beriman!Apabila datang kepada kamu berita daripada orang fasiq, maka selidikilah ia..." Apakah ia bersalahan dengan apa yang diperkatakan oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi itu?

Saya amat berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengingatkan tentang kesalahan bagi orang yang cuba menimbulkan apa-apa perkara yang boleh dikategorikan sebagai hasutan sebagaimana yang disebutkan beliau ketika melawat tapak projek Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu pada 1 Ogos yang lalu, ‘‘Kita tidak boleh membiarkan penyebaran berita tidak betul ini kerana ia mampu menimbulkan keadaan kacau bilau, kehilangan pekerjaan dalam bidang ekonomi misalnya dan menyebarkan khabar angin." Saya begitu yakin sebagaimana anda semua yakin terhadap akta yang Allah telah gazetkan itu adalah tidak bersalahan dengan apa yang diperkatakan oleh YAB Perdana Menteri. Jadi, apakah kita semua berasa gelisah sekiranya ia juga satu akta daripada Allah taala sendiri?

01 August 2006

Dimana Islam?

tidak sampai sebulan saya mengunjungi blog-blog yang ada tapi terlalu banyak input berguna yang saya perolehi. terasa begitu kerdilnya diri ini bila membaca blog-blog yang lebih kedepan dan komen-komen yang penuh bermaklumat dan idea yang begitu kritis dan membina. kadang-kadang terasa banyak sangat kelompongan ilmu yang ada di dada. ish, sukar sungguh nak jadi seorang pendakwah rasanya. tak termampu nak berhadapan dengan multi pemikiran yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat dan idealisme.

tapi ada satu perkara yang ingin saya kongsi dengan yang sudi berkongsi; ramai orang Islam yang bercakap tentang Islam dan kadang-kadang dianggap jaguh dalam membahaskan perkara berkaitan dengan Islam tapi ironisnya mereka hanya memberi pandangan dari sudut pandangan mereka sahaja bukannya dari ilmu Islam yang betul-betul mereka miliki. seringkali saya lihat apabila membicara soal-soal dasar dalam Islam, pandangan sebegitu lebih diterima berbanding pandangan para ilmuan dan ulama yang begitu mendalami Islam. Apakah Islam itu terlalu mudah sehingga boleh ditafsir mengikut selera sendiri? Ya, Islam itu mudah tapi bukan dari sudut penafsirannya tapi ia mudah dari segi pengamalannya. itupun seharusnya didalami perkara asas dalam Islam terlebih dahulu.

para ulama dulu begitu berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa pandangan berkenaan Islam. jika ada ulama lain yang sezaman dengannya, diunjurkan terlebih dahulu kepada ulama tersebut sehingga isu itu kembali semula kepadanya barulah dijelaskannya. itupun mereka lebih merendah diri agar tidak menerima pandangannya secara total. ah, sungguh jauh rasanya beza masyarakat Islam dulu dan sekarang. tapi yang lebih mengecewakan lagi, ada pula orang yang bukan Islam memberi pandangan berkenaan dengan Islam. saya tidak menafikan keterbukaan Islam dan saya bukanlah orang yang tidak menerima pandagan tapi harus dilihat apa yang dibahaskan dan dipersoalkan. bukan semua perkara kita boleh terbuka dengan orang bukan Islam dan ini bukan bermakna menutup ruang kepada orang bukan Islam untuk mengenali Islam bahkan ia sekali gus menyekat unsur dakwah itu sendiri tapi ia perlu ada caranya.

saya ingin merujuk kepada satu ayat al-quran yang begitu sinonim dengan konteks dakwah iaitu dalam surah al-nahl ayat 125. maksudnya "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (orang yang engkau seru itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." Dalam ayat ini jelas menunjukan bahawa ada tiga cara yang wajar dilakukan dalam berdakwah. pertama; hikmat kebijaksanaan. menurut Ibn Manzur ia bermaksud larangan, tegahan atau bentongan yang bertujuan menghalang sesuatu daripada meresap atau merebak atau berjangkit sehingga memudharatkan perkara yang lain. kedua; nasihat pengajaran yang baik.menurut Muhktar al-Sihah ia bererti memberi nasihat dan peringatan terhadap akibat yang tidak baik (yang akan berlaku jika sesuatu dilakukan atau ditinggalkan). ketiga; berbahas dengan cara yang baik. menurut kebanyakan ulama tafsir ia bererti perbincangan atau perdebatan dengan cara yang terbaik, lemah lembut, mempunyai rasa kasih sayang serta menggunakan konsep memudahkan. menurut al-Ghazali pula kaedah ini adalah sesuai kepada golongan yang menetang aqidah Islam.manakala Ibn Taimiyyah pula berkata bahawa ia sesuai kepada golongan yang tidak boleh langsung menerima kebenaran.

saya tidak bercadang untuk menghuraikan keseluruhannya tapi ingin menyentuh tentang cara berdakwah kepada orang bukan Islam. ini kerana saya melihat pertanyaan dan respon dari segelintir orang bukan Islam sekarang bukan kerana ingin mendekati Islam tapi lebih ingin mempersoalkan kesyumulan dan kemurnian Islam itu sendiri. Saya bukanlah berperasangka buruk tapi daripada Islam terus dikecam lebih baik kita mengambil pendekatan para ulama yang terdahulu yang lebih dulu merasai onak liku dalam berhadapan dengan orang bukan Islam.
menurut pendekatan ulama kalam bahawa memperkenalkan Islam kepada mereka mestilah di dahulukan dengan mengaitkan hubungan antara pencipta dan makhluk yang dicipta. kemudian diperjelaskan mengenai peraturan dan ajaran yang terkandung di dalamnya berserta menunjukkan contoh teladan yang baik. Bukannya terus berdebat soal-soal syariat tanpa memperkenalkan tentang ketauhidan Allah terlebih dahulu.

Cuba kita pandang sekeliling, perhatikan sahabat-sahabat kita, kawan -kawan kita yang bukan Islam, sejauhmana perkembangan Islam sebenarnya. adakah masih berlegar dikalangan orang Islam sahaja ataupun sudah pun dapat dihayati oleh orang bukan Islam sama. ataupun orang Islam sendiri yang telah tersesat dalam memahami Islam itu sendiri sehingga orang bukan Islam makin galak menjaja agama mereka kepada orang Islam sekarang.