31 July 2006

Warung Pak Samad


"Bobrok! menjatuhkan maruah kampung je." Haji Kadir menyinga. Tak tertahan lagi panas hatinya. Mulutnya muncung semacam tikus mondok. Dia mengerling semua orang di situ. Semua orang di warung Pak Samad terkedu. Tak siapa yang berani memandang wajah Haji Kadir. Memang orang dah kenal dengan perangainya yang panas baran dan angresif itu. Setelah selesai membayar harga secawan tehnya, dia terus beredar. Orang ramai hanya melihat sahaja kelibat Haji Kadir tanpa sepatah kata.

"Kenapa dengan Haji Kadir tu?"Mat Jani memecah suasana.
"biasalah, bila orang dah turun jawatan ni...."Pak Samad keluar dari sudut dapurnya.
"Minggu lepas jambatan hujung kampung tu roboh. Kena dek angin ribut tapi Cikgu Dolah tak buat apa-apa pun. Pastu bunyi ceritanya dia minta kontraktor mana ntah untuk baiki jambatan tu."
"Habis tu, kenapa dia nak angin? kan eloklah tu ada kontraktor yang datang baiki." Seman yang duduk satu meja dengan Mat Jani pula menambah.
"Dia tak puas hatilah sebab kontraktor tu orang luar.Bukan orang kampung ni. Dia kata ramai lagi orang kampung kita yang......"
"Ramai lagi orang kampung kita boleh buat." Haji Leman yang entah datang dari mana tiba-tiba menyampuk."Itu takpa lagi. yang jadi masalahnya, Cikgu Dolah tu tarik balik perjanjian dengan kontraktor tu. sudah-sudah,perkara tu dah jadi kes mahkamah dah sekarang." Haji Leman semacam tak puas hati dengan cara pentadbiran Cikgu Dolah.
"Biarlah dulu, kita tengok apa yang Cikgu Dollah nak buat. Apa yang boleh kita tolong, kita tolong. kita bagilah sokongan pada dia. lagipun baru dua minggu dia jadi ketua kampung kita ni." Leman cuba membela Cikgu Dolah.

Mat Jani tak kata sepatah pun. Tapi di sudut hatinya dia lebih setuju dengan tindakan Haji Kadir yang lebih berwawasan dari Cikgu Dolah. Semasa Haji Kadir jadi ketua kampung selama dua tahun sebelum ni banyak projek-projek yang telah di buat untuk Kampung Fantasia ni. Projek penternakan udang galah,balai raya berinternet, bina kincir air, surau pun dinaik taraf jadi masjid pastu dibuatnya lagi tambahan bangunan. Semuanya menjadi buah mulut orang ramai, bahkan terkenal pula nama Kampung Fantasia ke kampung-kampung lain. Kalau sebut je nama Haji Kadir, pasti orang akan sebut, "Ooo,yang jadi Ketua Kampung Fantasia tu."Memang gah rasanya jadi orang Kampung Fantasia.
"Tapi berbaloikah hidup ini dengan semua itu?"Nada Mat Jani sedikit meninggi. Semua orang memandangnya.terpinga-pinga.

16 July 2006

sesuatu untuk generasi baru

Seminar Persuratan & Peradaban Nasional 2006
DBP - PENA - Kerajaan Negeri Sembilan & PEN akan menganjurkan Seminar Persuratan & Peradaban Nasional 2006, 4 hingga 6 Ogos 2006Le Paris Hotel (dahulunya dikenali sebagai Hotel Costa Rica) di Port Dickson, Negeri Sembilan.Penyertaan dibuka kepada semua.Bayaran pendaftaran :RM30 (individu) - 1 apartmen 4 orangRM200 (individu) - twin sharingRM500 (institusi - untuk 3 orang wakil)

********

Tentatif / Atur Cara :

4 Ogos 2006

7.00 pagi - 3.00 petang : Pendaftaran Peserta

4.00 petang : Taklimat Peserta

8.30 malam : Majlis Perasmian

5Ogos 2006

8.30 - 11 pagiSidang IUcaptama I : Persuratan & Peradaban Nasional Abad ke-21
Dato' Prof. Dr. Awang Sariyan
Pengerusi : Puan Mahaya Mohd Yassin
Ucaptama 2 : Persuratan & Peradaban Nasional Abad ke-21
Prof. Dr. Mohd Yusuf Othman
Pengerusi : Puan Hajah Zalila Sharif

11.30pagi - 1.00 tengah hari Sesi I : Mahakarya Melayu Dalam Abad Ke - 21
Pemakalah : Dr. Nor Faridah Abd. Manaf (UIA)
Dr. ABu Hassan Hasbullah (UM)
Awang Azman Awang Pawi (UNIMAS)
Dr. Zariat Abdul Rani (UPM)
Pengerusi : Saifulizan Yahya (DBP)

Sesi II : Sejarah Intelektual Melayu & Kelangsungannya
Pemakalah : SN Prof. Dr. Syed Othman Syed Omar (UPM)
Mohamad Saleed Rahamad (UM)
Dr. Mawar Shafei (UKM)
Nassury Ibrahim (MTAB)
Pengerusi : Mohamad Daud Mohamad (DBP)

2.30 - 5.30 petang - Bengkel
Puisi Tradisional (Teromba) - Dato' Dr. Rosli Saluddin
Puisi Tradisional (Pantun) - Ali Badron
Puisi Moden - Marsli N.O

8.30 - 11.00 malam - Acara Makan Malam & Pesembahan

6 Ogos 2006

8.30 - 10.30 pagi Sesi III : Peranan Bahasa Melayu dalam Memperkasakan Kesusasteraan Nasional
Pemakalah : Nisah Haji Haron (PEN)
Dr. Chew Fong Peng (UM)
Hasni Abas (DBP)
Shamsudin Othman (PENA)
Pengerusi : Zulkifli Abu (PEN)

11.00 pagi - 1.00 tengah hari Sesi IV : Penulis Bukan Melayu dalam konteks Pembinaan Sastera Nasional
Pemakalah : Dr. Krishnan Maniam (UM)
Mohd Hanafi Ibrahim (DBP)
Daniel Jebon Januan (Sabah)
Poul Nanggang (Sarawak)
Pengerusi : Amiruddin Mohd Ali Hanafiah (GAPENA)

Sesi V : Tulisan Jawi dan Pengkanunan Semula
Pemakalah : Dr. Teo Kok Seong (UKM)
Prof. Dr. Hashim Musa (UM)
Azman Anuar (Utusan Melayu)
Ust. Salehuddin Mohamad (DBP)
Pengerusi : Jaffar Hamdan (DBP)

Sesi VI : Teks Klasik Melayu sebagai Warisan Bangsa
Pemakalah : Zaen Kasturi (PENA)
Dr. Jelani Harun (USM)
Faisal Tehrani
Dr. Noriah Taslim (USM)
Pengerusi : Mohamad Shahidan (DBP)

2.30 - 5.00 petang Sidang II : Kebudayaan dan Bahasa Melayu
Panel : YB Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh (ITNM)
YB Razali Ibrahim (Lembaga Pengelola DBP)
Dato' A. Aziz Deraman (GAPENA)
Dato' Baharuddin Zainal (PEN)
Pengerusi : Dr. Mokhtar Hassan (UM)

5.00 - 6.00 petang : Acara Penutup

*************

Pembaca yang berminat dialu-alukan menyalin entri ini untuk dimajukan sama ada melalui e-mel ataupun untuk diletakkan sebagai entri dalam blog masing-masing. Apa-apa sahaja bentuk penyebaran amat digalakkan. Inilah platform untuk golongan muda bersuara dalam menegakkan kembali Bahasa Melayu ke landasan yang sebenarnya.Sebarang bentuk sokongan amat dihargai.Tarikh tutup penyertaan : 15 Julai 2006Untuk menyertai seminar dan sebarang pertanyaan, sila hubungiRumah PENA : 03-2142 5824 atau e-mel pena@streamyx.comSM Zakir : 017-342 7991 / smzakir90@hotmail.comShamsudin Othman : 013-342 3166 / sudean66@hotmail.comWan Zaida : 013-691 5266 / nuhamelissa25@hotmail.com
*Dipetik dari ujana maya Nisah Haji Haron

Rentak Pejuang

Pujangga tak sudah bermadah
melafazkan bait-bait kata yang tak keruan
mengalunkan liuk lentok suara yang kesyahduan
bagai merayu kisah lama dipanjangkan

getaran hati kian rancak
bila semboyang perang kembali bersorak
darah merah semakin berombak
seakan mengerti gempur si pengasak

panji-panji berdiri megah
dijulang dikibar tanda hati tak resah
mata menyinga merah takkan mengalah
hidup dan mati siapa yang kisah

15 July 2006

salam dari penasalju..

assalamualaikum....
terima kasih kerana sudi melayari blog saya. diharap dapat terus mengunjungi blog ini kerana banyak perkongsian yang menarik boleh anda dapati di sini.