Pendidikan dan Pengalaman
Semenjak kecil lagi beliau dididik dan diasuh dengan pengajaran agama yang secukupnya daripada ayahnya sendiri dan mempunyai kecerdikan dan kecerdasan akal serta sikap beliau yang tidak suka membuang masa. Beliau telah dapat menghafaz keseluruhan ayat-ayat al-Quran sebelum berumur 10 tahun lagi. Setelah mencapai usia dewasa beliau telah diajak untuk menunaikan haji ke Makkah pada musim haji dan terus tinggal di
Di Madinah beliau berguru dengan dua orang ulama yang masyhur pada zaman tersebut iaitu Syeikh ‘Abdullah bin Ibrahim bin Saif al-Najdi dan Syeikh Muhammad Hayah al-Sindi. Di Madinah, beliau melihat ramai umat Islam di situ memohon syafaat dan hajat di perkuburan. Perkara ini baginya adalah salah di sisi agama Islam yang sebenar.
Kejadian-kejadian inilah yang membuatkan beliau terdorong untuk mendalami pengkajian tentang bidang ilmu tauhid yang sebenar dan murni secara mendalam dalam bidang ilmu tauhid salafiyah terutamanya kitab-kitab tauhid ulama’ pada abad-abad silam dan yang paling menarik perhatiannya iaitu kitab yang ditulis Ibn Taymiyyah yang sangat terkenal pada abad ke-7 Hijriyyah. Setelah itu, beliau berpindah pula ke Basrah. Di Basrah beliau tinggal lebih lama dan menimba banyak ilmu-ilmu seperti ilmu hadith dan mustalah, fiqh dan usul fiqh dan ilmu-ilmu bahasa Arab.
Mulai Berdakwah
Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab mula berdakwah di Basrah. Akan tetapi dakwahnya kurang berjaya mendapat sambutan kerana halangan daripada ulama’-ulama’ tempatan. Antara penyokong kuat dakwah beliau di Basrah ialah Syeikh Muhammad al-Majmu’i. Oleh kerana demikian itu, beliau berpindah pula ke negeri-negeri Islam lain untuk meneruskan dakwahnya tanpa apa-apa tentangan lagi.
Di samping mempelajari tentang keadaan negeri Islam sekitarnya, yang mana perkara itu penting untuk masa depan dakwahnya. Beliau kembali semula kepada gurunya, Syeikh ‘Abdullah bin Abd al-Latif al-Ihsai untuk mendalami beberapa bidang pengajian ilmu yang belum sempat beliau mendalaminya.
Kemudian beliau kembali ke kampung tempat asalnya iaitu ‘Uyainah, akan tetapi beliau tidak lama di situ kerana pada 1140H, Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab menyusuli ayahnya ke Haryamla. Di Haryamla, beliau dan ayahnya mengembangkan ilmu, mengajar dan berdakwah selama 13 tahun lamanya sehingga ayahnya meninggal di Haryamla pada tahun 1153H.
Selama 13 tahun beliau berdakwah, beliau telah mengajak pihak berkuasa setempat untuk bertindak tegas dengan kumpulan penjahat di situ yang selalu melakukan rompakan, rusuhan dan pembunuhan. Oleh yang demikian itu, kumpulan tersebut mengugut Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab dengan ugutan bunuh. Maka beliau terpaksa berpindah ke kampungnya kembali iaitu ‘Uyainah.
Keadaan Negeri Najd, Hijaz dan Sekitarnya Sebelum Berlakunya Gerakan Wahhabiyyah
Keadaan negeri
Kebudayaan masyarakat Islam ketika itu sudah mencapai satu tahap yang boleh dipanggil sebagai budaya Jahiliyyah. Budaya jahiliyyah yang mereka lakukan seperti mendekatkan diri kepada maqam yang mereka anggap sebagai keramat dengan memohon syafaat, meminta keampunan, meminta dimaqbulkan hajat. Contoh maqam Syeikh ‘Abd al-Qadir Jailani dan maqam-maqam lain. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Tanah Arab tetapi seluruh dunia Islam ketika itu diselubungi oleh perkara tersebut.
Awal Pergerakan Wahhabiyyah
Dengan adanya peristiwa seperti yang telah diceritakan tadi, maka Allah telah melahirkan seorang pentajdid yang agong iaitu Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab sebagai mujaddid Islam untuk mengubah masyarakat Islam yang tenggelam dengan budaya jahiliyyah ke arah Islam yang sebenar.
Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab memulakan pergerakannya di ‘Uyainah iaitu kawasan perkampungannya sendiri. Pada waktu itu ‘Uyainah diperintah oleh seorang penguasa yang bernama Amir Uthman bin Mu’ammar. Amir Uthman menyambut baik idea dan pergerakan beliau serta berjanji untuk membantu beliau sehingga kejayaan tercapai.
Pada suatu ketika, Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab meminta izin daripada Amir Uthman untuk menghancurkan sebuah bangunan yang dibina di atas maqam Zaid bin al-Khattab. Maka Amir Uthman menyediakan 600 orang tentera untuk mengiringi dan mempertahankan beliau dalam proses perobohan tersebut.
Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab tidak terhenti di situ sahaja dalam memperjuangkan aqidah salafiyyah akan tetapi mengambil tindakan memusnahkan seluruh bangunan yang dibina di maqam-maqam yang dianggap boleh merosakkan aqidah umat Islam yang berselerakan di ‘Uyainah. Maka pusat-pusat kemusyrikan di ‘Uyainah telah dihapuskan sepenuhnya.
Pandangan masyarakat ‘Uyainah dan sekitarnya ketika itu terdapat dua persepsi yang berbeza iaitu persepsi yang positif dan negatif. Antara orang yang memandang negatif kepada pergerakan Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab ialah penguasa wilayah al-Ihsa’I dan pengikut-pengikutnya dari Bani Khalid Sulaiman bin Ari’ar al-Khalidi. Mereka ini adalah dari suku badwi yang suka merampas, merompak dan membunuh serta terkenal dengan mempunyai hati yang keras.
Pihak berkuasa al-Ihsa’i sangat khuatir jikalau pergerakan Wahhabiyah ini tidak dipatahkan lebih awal akan menyebabkan wilayah kekuasaannya nanti akan direbut oleh pergerakan tersebut dan bimbang kedudukannya juga akan hilang. Maka mereka mengugut untuk memutuskan semua ufti dan cukai kepada kerajaan ‘Uyainah, jikalau tidak mahu membunuh Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab. Oleh yang demikian itu, beliau terpaksa berundur dari ‘Uyainah.
Syeikh Ibn Abd al-Wahhab di Dar’iyyah (
Selepas itu, beliau berpindah pula ke Dar’iyyah. Di Dar’iyyah, beliau telah singgah di rumah seorang terkenal soleh di kawasan tersebut iaitu Muhammad bin Sulaim al-‘Arini. Ibn Sulaim melaporkan tentang kedatangan tetamunya kepada Amir Muhammad bin Saud. Maka iapun pergilah bersama-bersama beberapa orang penting dalam kerajaan ke rumah Ibn Sulaim, yang mana tempat Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab bermalam.
Dalam pertemuan bersejarah tersebut, Amir Ibn Saud telah berjanji dengan Syeikh Ibn ‘Abd al-Wahhab untuk sama-sama berjuang dalam mencapai cita-cita kedua-duanya, yang mana membawa satu lembaran baru bagi dakwah wahhabiyyah untuk lebih berkembang maju. Implikasi dari kenyataan tersebut, maka ramailah orang dari Jazirah Arab seperti dari ‘Uyainah, Urgah, Manfuhah,
Syeikh Ibn ‘Abd al-wahhab mula membuka madrasah dengan menggunakan kurikulum berasaskan kepada pengajian seperti al-Quran, tafsir, fiqh, usul fiqh, hadith, mustalah hadith, nahu saraf dan pelbagai ilmu lagi. Di samping pendidikan yang formal tersebut, ada juga majlis-majlis ta’lim yang dibuka kepada masyarakat umum.
Dakwah Melalui Surat-menyurat
Dalam proses mengembangkan lagi dakwahnya, beliau mula menulis
Beliau juga mengutuskan surat-surat dakwahnya kepada ulama’ dan umara’
Hubungan surat-menyurat dengan ulama’-ulama’ di dalam dan luar negeri, telah memasyhurkan nama dan gerakannya juga telah mempengaruhi ramai dikalangan ulama’ dan pemikir Islam diseluruh dunia seperti di
Ulasan Para Ahli Sejarah Tentang Ibn ‘Abd al-Wahhab dan Pergerakan Wahhabiyah
1) Taha Husin dalam kitabnya, al-Alwan. Beliau menyatakan bahawa ajaran Ibn ‘Abd al-Wahhab adalah mazhab yang baru dan lama. Dimaksudkan dengan lama di sini ialah baru bagi masyarakat masa kini dan baru mengenali ajaran ini. Lama pula adalah kerana ajaran ini telahpun disebarkan dan diajar oleh Nabi s.a.w. sejak dahulu lagi. Beliau juga mengatakan bahawa dakwah aqidah Ibn ‘Abd al-Wahhab adalah semurni-murni aqidah yang boleh disamakan sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w.. Beliau juga menyamakan strategi dakwah, sejarah dan lain-lainnya sama dengan zaman Nabi s.a.w.
2) Ulasan Lothrop Stordard seorang orientalis Amerika yang dinukil oleh Amir Syakib Arsalan yang menceritakan tentang keadaan dunia Islam pada abad ke-18 Masihi. Yang mana keadaan dunia Islam ketika itu telah kembali kepada zaman jahiliyah semula.
Antara penulis dan sejarawan lain adalah seperti al-Gibirti, Rasyid Ridha dan lain-lain.
Pengaruh Wahhabiyah Terhadap Gerakan Pembaharuan Islam Antarabangsa
Faktor-faktor yang menyebabkan kejayaan pergerakan Wahhabi adalah:
1) Kerjasama yang baik dengan pengasas kerajaan Saudiyah iaitu Amir Ibn Saud yang menjadi pemerintah di Dar’iyyah (
2) Penguasaan mereka ke atas
3) Masyarakat Islam di abad moden ini mula berfikiran terbuka dan mulai cenderung untuk meninggalkan ketaksuban.
4) Negara Arab Saudi yang kaya dengan minyak, yang dapat menarik perhatian dunia Islam dan dapat membantu negara Islam lain.
Faktor-faktor tersebut menyebabkan Kerajaan Saudiyah Wahhabiyah tidak dipinggirkan daripada dunia Islam, yang mana pada suatu ketika hampir dipinggirkan.
*Sumber:
hasil kerjasama dengan Hilman
assalamu'alaikum..
ReplyDeleteSyukran atas posting nih.. boleh saya tahu sumber posting nih? Dan saya mohon untuk sebarkan boleh?
syukran..