Satu amalan

Daripada Riwayat Bukhari
Daripada satu hadis yang diriwayatkan dari al-Bukhari ada menyebut bahawa ”Nabi saw suatu hari keluar untuk mengerjakan sembahyang hari raya, lalu Baginda bersembahyang dua rakaat. Dan Baginda tidak pernah melakukan sembahyang (hari raya) sebelum ia diperintahkan dan sekalipun selepasnya. Kemudian Baginda dan bersamanya Bilal pergi ke tempat sekumpulan perempuan dan menyuruh mereka agar bersedekah, maka (atas perintah itu) seorang perempuan menanggalkan gelang dan kalungnya (untuk disedekahkan)”.
Sabda Baginda lagi ketika di atas mimbar yang bermaksud: “Dan Baginda menyebutkan
tentang sedekah, menjaga kehormatan diri, dan tentang meminta-minta. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Maka tangan di atas itu adalah yang memberikan nafkah sedang tangan yang di bawah adalah yang meminta”.
Kepelbagaian Pemberian
Daripada kitab Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyah pula menyebut pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan ‘athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka ia adalah sedekah, jika

Sementara dalam kitab al-Tahzib pula ada menjelaskan berkenaan ‘athiyyah ini ada dua macam iaitu pemberian seseorang yang dalam keadaan maradh al-maut atau sakit yang membawa kematian disebut sebagai wasiat, dan ‘athiyyah ketika masih hidup pula disebut sebagai wakaf, hibah atau hadiah.
Seingat saya juga dalam istilah syara‘ pula, pemberian itu bolehlah diertikan sebagai suatu perjanjian (aqad) yang memberikan kuasa pemilikan kepada seorang lain tanpa mengharapkan sebarang gantian atau pertukaran (‘iwadh), pada ketika orang yang memberi itu masih hidup. Dengan kata lain juga, apabila seseorang telah memberi duit raya kepada kanak-kanak secara sepenuhnya maka kanak-kanak tersebut adalah berhak terhadap kesemua duit-duit raya yang mereka perolehi itu.
Sekadar perkongsian
Saya bukanlah bermaksud ingin menjelas secara terperinci jenis-jenis pemberian tersebut tapi cukup bagi kita untuk mengetahui bahawa amalan pemberian duit raya itu sememangnya ada dalam hadis Rasulullah SAW sebagaimana di atas dan boleh dijadikan hujah yang kukuh akan keharusan memberi duit raya ini. Perlu diketahui juga bahawa amalan ini boleh memberi sumbangan yang positif dalam hubungan di antara individu dan individu, seterusnya antara masyarakat di mana ia merupakan salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim. Dengan demikian hubungan dan jurang di antara orang yang berada dan orang yang tidak berada dapat dirapatkan.
nak buwi duit tu, kena EKHLAS! betul-betul ikhlas... jange ado sebab2 yg lain!
ReplyDelete