22 February 2008

Banyak Orang Banyak Keinginan


Pengalaman pertama kali aku menemuramah adalah satu perkara yang menarik dan membuatkan aku tersenyum sendirian. pelbagai macam perkara yang diluar kawalan berlaku. tapi bila dikenang lagi, terasa ingin melakukannya sekali lagi. Oleh kerana aku diajar membuat sesuatu perkara itu secara sempurna menyebabkan aku rasa tidak begitu puas hati atas hasil kerja yang aku lakukan ini. dek kerana terdapat beberapa perkara yang mencacatkan sesi temuramah itu. tapi apa boleh buat, inilah dinamakan sebagai pengalaman. Pengalaman adalah guru kepada kita.. ( Erm, nampaknya aku perlu mendapatkan tips dari Sdr. Amin Idris untuk mengendalikan sesi temuramah dengan lebih berkesan ).

Sesekali aku rasa macam Lutfi Othman tatkala menemuramah seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia pagi tadi. Beliau begitu ramah menyambut kedatangan aku walaupun beliau seorang penganut agama Sikh. Beliau begitu senang untuk berbicara persoalan persefahaman agama apabila aku menyuarakan hasrat hati untuk meminta pandagan berkenaan toleransi agama pada awal perbualan kami. Banyak isu yang beliau sentuh, dari isu Islam Hadhari hingga ke isu Hindraf dan juga Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Aku sedikit terharu apabila beliau memuji-muji Menteri Besar yang seorang ini. apatah lagi dalam susana sekarang yang cuba menjatuhkan imej ulama' besar ini apabila dikaitkan dengan percakapannya yang kurang baik bagi pandangan musuh politiknya. Beliau menceritakan pengalamannya bersama Menteri Besar itu yang cukup simple dan senang didekati. Aku bermonolog di dalam hati "bertuahnya aku jadi rakyat Kelantan dan mempunyai seorang pemimpin berjiwa rakyat ini.Mudah-mudahan Kelantan akan terus ditadbir oleh pemimpin bertaqwa sepertinya."

Kesungguhhan pihak BN untuk menawan kembali Kelantan sebenarnya sedikit menggusarkanku. Bukan kerana aku membenci BN tetapi aku tidak begitu yakin dengan kepimpinan BN yang ada sekarang ini untuk mentadbir negeri Serambi Mekah ini. Apabila nama Dato' Dr. Awang Adek disebut-sebut sebagai bakal menduduki kerusi Menteri Besar menyebabkan aku bertambah risau. Memang jauh sangat perbandingan antara kedua-dua tokoh ini. Sifat Tawadhu' dan sederhana Dato' Nik Aziz tidak mampu untuk diterjemahkan oleh Dato' Dr. Awang Adek itu. Mungkin inilah kelebihan yang ada pada PAS yang menyebabkan sehingga kini BN sukar untuk menawan Kelantan. Kalau aspek ini diambil kira oleh para pengundi di Kelantan, BN masih tidak mampu untuk menawan Kelantan. Akan tetapi jika dilihat dari sudut kekuatan ekonomi, sememangnya PAS perlu mengakui akan kelemahannya itu. Selama 18 tahun memerintah Kelantan masih banyak kurangnya dari sudut pembangunan fizikal negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Namun, itu tidak bermakna selama 18 tahun itu tidak pernah ada pembangunan yang telah dibuat oleh PAS. Kelantan sekarang telah jauh beza dengan Kelantan 18 tahun dahulu. Kalau sudut bangunan yang mencakar langit, Kelantan telah ada hypermarket dan hotel-hotel bertaraf lima bintang. Kalau dikur dari sudut kemudahan Infrastruktur, jalanraya dah makin besar, longkang-longkang dibesarkan, jambatan pun makin bertambah, Jambatan Sultan Yahya Petra yang sedia ada juga turut dibesarkan. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pula antara yang terbesar di Malaysia. Jumlah penerbangan seharian pun lebih banyak dari negeri-negeri lain seperti Kedah dan Terengganu. Apa lagi yang rakyat Kelantan inginkan? Tidak cukupkah dengan apa yang telah dibuat itu?

Entahlah, semuanya boleh berlaku dalam beberapa hari lagi ini. Banyak orang banyak keinginannya. Banyak keinginan banyak rasanya. Banyak rasa banyak cerewetnya. Bukan semua orang boleh diturutkan hatinya. Namun, ingatlah pesan Rasulullah SAW :

من جعل الهموم هما واحدا هم آخرته كفاه الله هم دنياه
ومن تثعبت به الهموم فى احوال الدنيا لم يبال الله فى اي او ديتها هلك


"Siapa yang menjadikan keinginannya satu, iaitu keinginan ( untuk meraih kebahagian ) akhirat, maka Allah akan mencukupkan keinginan dunianya. Siapa yang inginkan dunianya bercabang-cabang, maka Allah tidak akan peduli di lembah bumi mana dia akan binasa."




16 February 2008

Apa matlamat mereka?



Paluan gendang perang semakin bingit di telinga. Riuh pahlawan juga seakan tiada henti dan tak akan berhenti lagi. masing-masing berkobar-kobar untuk ke medan juang dan hanya menunggu signal dari ketua angkatan sahaja. segala persiapan juga telah tersedia: pedang, keris, tombak, perisai, meriam, kapal, kuda dan segalanya cukup lengkap dan tersedia. anak-anak mata melilau mencari suara yang paling berkuasa. ah, hanya satu lagi yang masih tertinggal...bekalan kelengkapan solat di medan..perlu ke?emmm, pakaian yang ada dah cukup rasanya. Islam kan mudah, kenapa nak memberatkan pula. ala kadar cukup la..janji sembahyang ditunaikan.betul ke macam tu?

Bukan soal kelengkapan sebenarnya yang harus dilihat, dan bukan juga soal ala kadar atau tidak dilakukan tetapi perlu dilihat pada keserasian kesemua hak dan tanggungjawab. perlu meletakkan hak yang sepatutnya mengikut tempat yang sewajarnya. perlu juga dilihat matlamat yang ingin dilakukan. apakah hak yang perlu dilakukan di saat ini? ketika satu negara sedang bising tentang pilihanraya, apa yang mereka semua mahu sebenarnya? menuntut hak dan keadilan? memperjuangkan kebajikan dan keselesaaan? mendaulatkan undang-undang? atau ingin meletakkan hak Allah pada tempat yang sewajarnya?

Sebagai sebuah parti politik yang telah lama menguasai negara tercinta ini, apakah BN inginkan? sebagai sebuah parti politk pembangkang yang terbesar ketika ini, apakah yang PAS inginkan? adakah masing-masing ingin menjadi jaguh di hadapan mata masyarakat? masing-masing ingin jadi juara membela hak rakyat? atau ingin menjadi wira pembela Islam?? BN menampilkan konsep 'Islam Hadhari' manakala PAS pula masil kekal dengan slogannya 'Membangun Bersama Islam' telah membina satu variasi baru dalam percaturan umat Islam di negara ini. Siapakah yang akan menang?andaikata BN berjaya menawan Kelantan dari tangan PAS, adakah konsep 'Islam Hadhari' itu yang lebih baik dari 'Membangun Bersama Islam' gagasan idea PAS? andaikata PAS berjaya memperoleh kemenangan yang lebih banyak dari sebelum ini dan mungkin juga berjaya menafikan 2/3 kerusi BN, adakah sememangnya PAS itu telah berjaya membawa gagasan ideanya itu?

Adakah disaat ini Kelantan menjadi kayu ukur yang begitu penting sekali dalam pilihan raya kali ini? sehinggakan PM kita acap kali ke Kelantan dalam tempoh dua bulan ini, sehingga khairy juga beriya-iya sangat membawa pulang para pengundi Kelantan untuk pulang mengundi, sehingga MB Kelantan masih bersanggupan lagi untuk bertanding, dan sehingga pula Anuar Musa seakan terpaksa menyepi diri seketika.
Tidakkah politik itu sebagai satu stand untuk mempertahankan dan mendaulatkan hak Allah. jika masing-masing ada visi itu kenapakah tidak bersatu sahaja? itukan semulia-mulia tujuan dan matlamat.tetapi sekiranya mereka masih tidak boleh bersatu, maka bermakna salah satu dari keduanya tidak mempunyai matlamat tersebut sebenarnya (itulah bacaan rasional yang boleh diterima ramai saya kira). mungkin ada sesuatu yang tidak kena antara keduanya......

Apa-apa pun, bagi saya yang beragama Islam dan waras fikiran berkeinginan sangat ingin melihat dan bernaung di bawah payung pemerintahan Islam sepenuhnya. tidak dapat dibayangkan, suasana yang begitu aman dan harmoni tanpa pergaduhan dan permusuhan, tidak ada kes rompak dan samun, tidak ada kes zina dan rogol. anak-anak bebas bermain. pemdidikan terbuka seluasnya. hak sebagai seorang warga negara dibenarkan. jual-beli tiada penipuan. alangkah baik waktu itu.. tidak ada yang mustahil jika semua hak Allah kita laksanakan,

"Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita." ( al-Baqarah : 112 )

13 February 2008

sudah tiba masanya


Hari ini parlimen telah pun dibubarkan. sudah masanya rakyat jelata menunjukkan kuasanya. inilah kuasa demokrasi. suara majoriti menjadi penentunya. aku juga perlu menunaikan tanggungjawab yang besar ini. tiada lagi pujukan dan sungutan yang boleh menggoncangkan pendirianku ini. setelah sekian lama aku dipenjara dalam gerigi akujanji dan ugutan ilusi. dipaksa di didera jiwa dan raga. aku perlu menerombos keluar dari dunia ini selamanya. aku perlu buktikan kuasa rakyat adalah sangat berkuasa. menundukkan yang angkuh, mengangkat yang teguh. lambaian keadilan perlu disambut demi sebuah perjuangan. biar pun bicara ku rapuh namun prinsipku mesti kukuh dan utuh. aku sambut kata pujangga "biar putih tulang, jangan putih mata" demi melestarikan keadilan yang kian diperkosa. Rakyat tidak selamanya perlu diperbodohkan dan boleh diperbodohkan. bak kata Abraham Lincoln,

"You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time."

Wahai orang yang zalim, tunggulah masa ketibaan pembinasaanmu. kau akan tersungkur jua akhirnya. keharuman keadilan akan dicium oleh segenap pelosok dunia ini nanti. Islam akan membuktikan kehebatanya sebagai agama yang diredhai Allah. aku pinjam pula kata-kata Shakespeare:

"What's in a name?.......
That we called a rose

Shall by any other name
Smell as sweet".


Wahai semua pencinta keadilan dan keamanan, kembalilah kepada fitrah kejadian! kembali kepada pencipta keadilan dan keamanan. renungailah kalimah 'Islam' sedalamnya. kesejahteraan, keamanan dan keadilan sememangnya telah sebati didalamnya. hanya mata manusia sahaja yang silau oleh kilauan mata keris di kejauhan pacak silat yang kesumbangan.

jangan dipandang lagi ke bawah melihat silauan mata keris itu yang menghibur jiwa buat sementara..lihatlah ke atas pada sinaran cahaya rembulan yang mempersonakan hingga terlupa seketika pekat malam yang kesyahduan. rintihlah pada yang maha kuasa di bawah cahaya yang menawan ini. sesungguhnya doa di dua pertiga malam dalam kepekatan malam di bawah sinaran cahaya rembulan sememangnya mustajab lagi diperkenankan. amiin.....