22 February 2008

Banyak Orang Banyak Keinginan


Pengalaman pertama kali aku menemuramah adalah satu perkara yang menarik dan membuatkan aku tersenyum sendirian. pelbagai macam perkara yang diluar kawalan berlaku. tapi bila dikenang lagi, terasa ingin melakukannya sekali lagi. Oleh kerana aku diajar membuat sesuatu perkara itu secara sempurna menyebabkan aku rasa tidak begitu puas hati atas hasil kerja yang aku lakukan ini. dek kerana terdapat beberapa perkara yang mencacatkan sesi temuramah itu. tapi apa boleh buat, inilah dinamakan sebagai pengalaman. Pengalaman adalah guru kepada kita.. ( Erm, nampaknya aku perlu mendapatkan tips dari Sdr. Amin Idris untuk mengendalikan sesi temuramah dengan lebih berkesan ).

Sesekali aku rasa macam Lutfi Othman tatkala menemuramah seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia pagi tadi. Beliau begitu ramah menyambut kedatangan aku walaupun beliau seorang penganut agama Sikh. Beliau begitu senang untuk berbicara persoalan persefahaman agama apabila aku menyuarakan hasrat hati untuk meminta pandagan berkenaan toleransi agama pada awal perbualan kami. Banyak isu yang beliau sentuh, dari isu Islam Hadhari hingga ke isu Hindraf dan juga Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Aku sedikit terharu apabila beliau memuji-muji Menteri Besar yang seorang ini. apatah lagi dalam susana sekarang yang cuba menjatuhkan imej ulama' besar ini apabila dikaitkan dengan percakapannya yang kurang baik bagi pandangan musuh politiknya. Beliau menceritakan pengalamannya bersama Menteri Besar itu yang cukup simple dan senang didekati. Aku bermonolog di dalam hati "bertuahnya aku jadi rakyat Kelantan dan mempunyai seorang pemimpin berjiwa rakyat ini.Mudah-mudahan Kelantan akan terus ditadbir oleh pemimpin bertaqwa sepertinya."

Kesungguhhan pihak BN untuk menawan kembali Kelantan sebenarnya sedikit menggusarkanku. Bukan kerana aku membenci BN tetapi aku tidak begitu yakin dengan kepimpinan BN yang ada sekarang ini untuk mentadbir negeri Serambi Mekah ini. Apabila nama Dato' Dr. Awang Adek disebut-sebut sebagai bakal menduduki kerusi Menteri Besar menyebabkan aku bertambah risau. Memang jauh sangat perbandingan antara kedua-dua tokoh ini. Sifat Tawadhu' dan sederhana Dato' Nik Aziz tidak mampu untuk diterjemahkan oleh Dato' Dr. Awang Adek itu. Mungkin inilah kelebihan yang ada pada PAS yang menyebabkan sehingga kini BN sukar untuk menawan Kelantan. Kalau aspek ini diambil kira oleh para pengundi di Kelantan, BN masih tidak mampu untuk menawan Kelantan. Akan tetapi jika dilihat dari sudut kekuatan ekonomi, sememangnya PAS perlu mengakui akan kelemahannya itu. Selama 18 tahun memerintah Kelantan masih banyak kurangnya dari sudut pembangunan fizikal negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Namun, itu tidak bermakna selama 18 tahun itu tidak pernah ada pembangunan yang telah dibuat oleh PAS. Kelantan sekarang telah jauh beza dengan Kelantan 18 tahun dahulu. Kalau sudut bangunan yang mencakar langit, Kelantan telah ada hypermarket dan hotel-hotel bertaraf lima bintang. Kalau dikur dari sudut kemudahan Infrastruktur, jalanraya dah makin besar, longkang-longkang dibesarkan, jambatan pun makin bertambah, Jambatan Sultan Yahya Petra yang sedia ada juga turut dibesarkan. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pula antara yang terbesar di Malaysia. Jumlah penerbangan seharian pun lebih banyak dari negeri-negeri lain seperti Kedah dan Terengganu. Apa lagi yang rakyat Kelantan inginkan? Tidak cukupkah dengan apa yang telah dibuat itu?

Entahlah, semuanya boleh berlaku dalam beberapa hari lagi ini. Banyak orang banyak keinginannya. Banyak keinginan banyak rasanya. Banyak rasa banyak cerewetnya. Bukan semua orang boleh diturutkan hatinya. Namun, ingatlah pesan Rasulullah SAW :

من جعل الهموم هما واحدا هم آخرته كفاه الله هم دنياه
ومن تثعبت به الهموم فى احوال الدنيا لم يبال الله فى اي او ديتها هلك


"Siapa yang menjadikan keinginannya satu, iaitu keinginan ( untuk meraih kebahagian ) akhirat, maka Allah akan mencukupkan keinginan dunianya. Siapa yang inginkan dunianya bercabang-cabang, maka Allah tidak akan peduli di lembah bumi mana dia akan binasa."




No comments:

Post a Comment