Paluan gendang perang semakin bingit di telinga. Riuh pahlawan juga seakan tiada henti dan tak akan berhenti lagi. masing-masing berkobar-kobar untuk ke medan juang dan hanya menunggu signal dari ketua angkatan sahaja. segala persiapan juga telah tersedia: pedang, keris, tombak, perisai, meriam, kapal, kuda dan segalanya cukup lengkap dan tersedia. anak-anak mata melilau mencari suara yang paling berkuasa. ah, hanya satu lagi yang masih tertinggal...bekalan kelengkapan solat di medan..perlu ke?emmm, pakaian yang ada dah cukup rasanya. Islam kan mudah, kenapa nak memberatkan pula. ala kadar cukup la..janji sembahyang ditunaikan.betul ke macam tu?
Bukan soal kelengkapan sebenarnya yang harus dilihat, dan bukan juga soal ala kadar atau tidak dilakukan tetapi perlu dilihat pada keserasian kesemua hak dan tanggungjawab. perlu meletakkan hak yang sepatutnya mengikut tempat yang sewajarnya. perlu juga dilihat matlamat yang ingin dilakukan. apakah hak yang perlu dilakukan di saat ini? ketika satu negara sedang bising tentang pilihanraya, apa yang mereka semua mahu sebenarnya? menuntut hak dan keadilan? memperjuangkan kebajikan dan keselesaaan? mendaulatkan undang-undang? atau ingin meletakkan hak Allah pada tempat yang sewajarnya?
Sebagai sebuah parti politik yang telah lama menguasai negara tercinta ini, apakah BN inginkan? sebagai sebuah parti politk pembangkang yang terbesar ketika ini, apakah yang PAS inginkan? adakah masing-masing ingin menjadi jaguh di hadapan mata masyarakat? masing-masing ingin jadi juara membela hak rakyat? atau ingin menjadi wira pembela Islam?? BN menampilkan konsep 'Islam Hadhari' manakala PAS pula masil kekal dengan slogannya 'Membangun Bersama Islam' telah membina satu variasi baru dalam percaturan umat Islam di negara ini. Siapakah yang akan menang?andaikata BN berjaya menawan Kelantan dari tangan PAS, adakah konsep 'Islam Hadhari' itu yang lebih baik dari 'Membangun Bersama Islam' gagasan idea PAS? andaikata PAS berjaya memperoleh kemenangan yang lebih banyak dari sebelum ini dan mungkin juga berjaya menafikan 2/3 kerusi BN, adakah sememangnya PAS itu telah berjaya membawa gagasan ideanya itu?
Adakah disaat ini Kelantan menjadi kayu ukur yang begitu penting sekali dalam pilihan raya kali ini? sehinggakan PM kita acap kali ke Kelantan dalam tempoh dua bulan ini, sehingga khairy juga beriya-iya sangat membawa pulang para pengundi Kelantan untuk pulang mengundi, sehingga MB Kelantan masih bersanggupan lagi untuk bertanding, dan sehingga pula Anuar Musa seakan terpaksa menyepi diri seketika. Tidakkah politik itu sebagai satu stand untuk mempertahankan dan mendaulatkan hak Allah. jika masing-masing ada visi itu kenapakah tidak bersatu sahaja? itukan semulia-mulia tujuan dan matlamat.tetapi sekiranya mereka masih tidak boleh bersatu, maka bermakna salah satu dari keduanya tidak mempunyai matlamat tersebut sebenarnya (itulah bacaan rasional yang boleh diterima ramai saya kira). mungkin ada sesuatu yang tidak kena antara keduanya......
Apa-apa pun, bagi saya yang beragama Islam dan waras fikiran berkeinginan sangat ingin melihat dan bernaung di bawah payung pemerintahan Islam sepenuhnya. tidak dapat dibayangkan, suasana yang begitu aman dan harmoni tanpa pergaduhan dan permusuhan, tidak ada kes rompak dan samun, tidak ada kes zina dan rogol. anak-anak bebas bermain. pemdidikan terbuka seluasnya. hak sebagai seorang warga negara dibenarkan. jual-beli tiada penipuan. alangkah baik waktu itu.. tidak ada yang mustahil jika semua hak Allah kita laksanakan,
"Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita." ( al-Baqarah : 112 )

No comments:
Post a Comment