27 October 2008
kita dan mereka
Prap pang
kotak sepi pecah seketika
kembali tenang bila hilang suara rasa
hanya menunggu kotak sepi pecah lagi
suara rasa akan bergema kembali
Ah,
kenapa kita mudah lupa?
adakah deria kita tidak sekuat mereka
apa beza kita dan mereka?
sama-sama makhluk Yang Maha Kuasa
Prap pang
kotak sepi kembali pecah
suara rasa kita dah berubah
tapi hanya lama seberapa ketika
itupun kerana habuan besar yang diterima
Ah,
itukah kita?
berubah kerana mendapat laba
begitukah nilai harga kita?
boleh dirunding dan dikira
Bedebum
kotak sepi pecah seribu
suara rasa dah bergema segenap penjuru
kepala pun dipijak
malu pun terpajak
mereka hanya mencebik melalak
sendiri mau rasa
untung ikan timbul seketika
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ku cuba memahami..
ReplyDeleteapakah maksud puisi ini..
huhu..
sungguh tinggi bahasa dan nilai sasteranye..
bahasa mudah ja.peringkat amatur lagi.hehe
ReplyDelete