10.30 pg.
1.15ptg.
Kami mengambil keputusan untuk solat Zohor di komplek SOGO. Kaki pun dah rasa kepenatan berjalan pusing KL hari ni. Lagipun masa pun masih agak awal untuk ke Masjid Jamek dalam keadaan begini. Allahu Akbar, surau di Kompleks SOGO penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing ingin mengambil kesempatan solat di awal waktu
. Bahkan ada juga yang terpaksa menunaikan solat di ruang legar lif bangunan sampai berkali-kali jemaah solat berganti. Subhanallah. Tatkala itu, orang lain sibuk membeli belah di bahagian atas SOGO. Indahnya Syariat Islam.
2.00 ptg
Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!...Aman! Aman! Aman Rakyat!... Tenang! Tenang! Polis Tenang! Kami Rakyat! Orang Raja! ......Takbir! Allahu Akhbar!...
Rintik-rintik hujan mula kelihatan, seakan turut bersama kami menuntut keadilan rakyat ini. Kami meneruskan perjalanan dengan semangat yang lebih membara untuk menuntut keadilan. Tiba di hadapan persimpangan Dataran Merdeka. Kelihatan kenderaan FRU meluncur laju melewati barisan hadapan rombongan. Mujur tiada halangan.
Di Masjid Negara, kami lihat ramai penyokong dan peserta perhimpunan di Masjid Negara yang sedang menanti. Rombongan kami berhenti seketika di seberang jalan menantikan penggabungan dari Masjid Negara. Di hadapan Masjid Negara, FRU berpadu tenaga mengawasi kumpulan di dalam Masjid Negara dan terus menghalang mereka daripada keluar. Namun, akhirnya FRU terpaksa membenarkan juga peserta keluar dari perkarangan Masjid Negara untuk menyertai perarakan utama.
Kalimah Allahu Akhbar! Terus bergema. Kenderaaan-kenderaan di laluan bertentangan turut memberikan sokongan. Hon dibunyikan sebagai tanda menyatakan sokongan mereka kepada kumpulan perarakan. Pelbagai bangsa dan kaum terlibat samada secara langsung atau tidak, sebagai peserta perhimpunan atau pun sebagai pemandu-pemandu kenderaaan di kiri kanan jalan raya. Sungguh aman dan bersih.
Tidak banyak kain rentang yang dibawa semasa perhimpunan tersebut. Namun yang menariknya ialah kain rentang yang kami bawa adalah antara salah satu daripadanya. Memang kain rentang kami menjadi tumpuan ketika itu. Ada-ada saja orang yang ingin merakamkan kenangan bersejarah ini dengan berlatar belakangkan kain rentang kami, rasanya SB pun ada yang ambil gambar. Begitu juga dengan para peserta perhimpunan ataupun dari para pemandu kenderaan yang sedikit kagum dengan suasana yang ada. Mereka baca dan amati kain rentang itu dan mengukir senyuman tanda faham dan setuju.
Perarakan sudah 20 minit melepasi Masjid Negara. Sesekali kami menoleh ke belakang dan lihat kebawah fly over. Ah, rupanya ada lagi kumpulan perarakan yang bergerak mara ke arah kumpulan utama, kumpulan dari Pasar Seni agaknya.
3.00ptg.
Setibanya di perkarangan Istana Negara, kelihatan lautan manusia sejauh mata memandang di belakang. Kami yang berada di barisan hadapan berasa penuh kagum dengan jumlah yang sedemikian ramai orang. Ish, kalau dicampur dengan para perhimpun di Masjid Jamek mungkin haru-biru polis dibuatnya, kami berbisi-bisik sesama sendiri. Sebelum taujihad dimulakan, kami diarahkan untuk duduk bagi memudahkan lagi proses perhimpanan aman ini. Semua yang hadir pada ketika itu akur dengan arahan pimpinan. Namun, ada juga suara-suara sumbang yang mengeluh dan mencemuh arahan tersebut. Melihat kepada cara berpakaian dan lagak
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!..Kalimah keramat itu juga turut menjadi intonasi yang menarik pada hari itu. FRU nampaknya memberi kerjasama yang baik. Takut agaknya. Silap bertindak padah menanti FRU dan Polis. Begitu jugak dengan peserta perarakan, tenang di luar, tapi kencang di dalam.
Tenang! Tenang! Polis Tenang!...Aman! Aman! Rakyat Aman!..Polis Tenang!.Rakyat Aman!
Berkali-kali ucapan keramat itu dilaungkan bagi membangkitkan semangat para peserta perhimpunan dan menenangkan keadaan.
3.25 ptg
Dalam keamanan perhimpunan itu, kelihatan wakil BERSIH iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang, Presiden PAS, Datuk Seri Anuar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Lim Kit Siang, Presiden DAP berjalan keluar dari Istana Negara dan menuju ke arah kumpulan perhimpunan. Orang ramai yang berada di situ riuh seketika apabila melihat kelibat kedatangan pemimpin mereka datang dan terpaksa ditenangkan oleh Mad Sabu yang menjadi ketua perhimpunan. Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil kesempatan untuk memberi sedikit taujihad kepada para peserta perhimpunan dan diikuti pula ucapan daripada Datuk Seri Anuar Ibrahim. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sanggup berkorban datang dari jauh untuk merealisasikan perhimpunan aman BERSIH ini. Semua peserta perhimpunan berasa puas apabila dapat mendengar ucapan daripada para pimpinan mereka.
Kehadiran helikopter yang berlegar di ruang udara Istana Negara sedikit sebayak mengganggu kelancaran perhimpunan aman dan taujihad yang diberikan.
Kurang lebih jam menunjukkan pukul 3.45 petang, Ketua polis Dang Wangi dari atas jentera FRU, mula memberi amaran bahawa masa 5 minit diberikan untuk bersurai. Pada mulanya seolah-olah rakyat tidak mahu bergajak..namun akur dengan arahan pimpinan, Kami dengan rasa bangga dan girangnya berpusing dan mula bergerak meninggalkan istana Negara..girang..sedikit pun tidak rasa kerugian.
Jalan ! Jalan ! Jalan terus…Tenang! Tenang! Polis Tenang!...Aman! Aman! Rakyat Aman!..Polis Tenang!. Rakyat Aman!
4.40ptg
No comments:
Post a Comment