16 August 2006

Dulu Sepet kini Gubra...lepas ni Mukhsin


"Mereka mahu maksiat diterima pakai dan seolah-olah Islam juga turut mengiktiraf perkara sumbang.Saya tidak fikir filem ini untuk hiburan tetapi untuk menyalurkan agenda tersirat yang menyesatkan," begitulah antara kata-kata dari Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Saudara Mahfuz Omar apabila mengulas berkenaan kemenangan filem Gubra sebagai filem terbaik dalam FFM-19 baru-baru ini yang memaparkan adegan seorang bilal memegang anjing, bilal itu juga melihat perbuatan pelacuran juga satu perkara biasa bahkan ia tak berasa berdosa membuat perkara tersebut.Beliau juga mendesak kerajaan supaya mengharamkan 'Gubra' manakala penganugerahannya sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM-19)ditarik balik serta-merta.

Apakah ia satu perkara yang kebetulan sahaja?atau memang sudah ada satu agenda yang tersembunyi disebaliknya? Jika dilihat pada penganugerah FFM-18 yang lepas,Yasmin Ahmad yang juga telah mengarah filem Sepet menimbulkan kontoversi dalam filemnya itu apabila memamarkan adegan perempuan berkembang dan sebagainya yang mencetuskan satu variasi yang berbeza dengan kebudayaan Melayu yang sebenar juga telah memenangi anugerah Filem Terbaik pada masa itu. Apabila ditanya samada beliau sengaja untuk menimbulkan kontroversi itu, beliau menjawab beliau tidak sedikit pun berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi dalam filemnya itu. Satu lagi filem arahan Yasmin Ahmad yang berjudul Mukhsin akan ditayangkan tidak berapa lama lagi. Adakah ia masih menghidangkan satu lagi filem kontroversi kepada masyaraat atau tidak, sama-sam kita tunggu. Tetapi yang pasti kita mengharapkan apa yang diniatkan beliau untuk tidak menimbulkan kontroversi dalam filemnya( lebih-lebih lagi dalam soal agama Islam) betul-betul ditepati.

1 comment:

  1. Yasmin ahmad ilah penganut fahaman islam liberal,sebarang rancangan yg disiarkan di malaysia adalah dibawah pengusaan AS, jd tidak hairan lah jk AS menyokong tayangan filem tersebut kerana kaum Yahudi dan Nasrani akn bermusuh dengan umat islam sehingga hari kiamat..itu sudah termaktub dalam al-Quran

    ReplyDelete